Sabtu, 28 Jun 2014

membuat tint pada cermin plastik

cermin plastik atau lebih dikenali sebagai cr39 hendaklah dipotong terlebih dahulu mengikut saiz bingkai.

untuk membuat tint,sediakan peralatan berikut;

heater
dye rx optical
air biasa
tong (pengepit ) diikat getah (untuk menyendal sisi cermin yang sudah ditangkupkan menjadi dua)
mug besi ( alaskan tuala good morning dibawahnya untuk mengelakkan meja berwarna)
sebuah mug yang diisi sabun detergent sebagai pembilas sekiranya terlalu gelap
sebuah mug berisi air biasa ( untuk rendam)

campurkan dye kepada air (peratus mengikut suka) yang berada di dalam mug besi.
letakkan heater
panaskan heater
biar sehingga menggelegak
jika untuk sekadar tint yang mempunyai kadar 10% ke 15%,heater tersebut bolehlah dipadamkan.
jika tint yang mempunyai kadar kegelapan 80% ke 90% , heater tersebut dibiarkan mengelegak dan dipadam apabila air terlampau panas dan seperti ingin melimpah keluar .

celupkan cermin yang disendal dengan tong kedalam air panas tersebut.

bagi 1 tone, rendamkan seketika mengikut peratus.
10 -15% = 5 ke 10 minit
80% - 90% = 30min - 1jam ( mengikut suhu kepanasan air + dye)

bagi 2 tone, atau 2 bahagian cerwarna iaitu gelap di atas,dan cerah dibawah,pergerakkan tangan perlulah konsisten ke atas dan ke bawah setiap masa untuk memastikan gradual warna itu sama.
10 -15% = 5 ke 10 minit
80% - 90% = 30min - 1jam ( mengikut suhu kepanasan air + dye)

cermin yang selesai ditint hendaklah dibiarkan rendam ke dalam air biasa supaya ianya tidak melengkung.keluarkan setelah suhu cermin sama seperti suhu bilik.lapkan menggunakan air dan kain yang bersih untuk mengelakkan calar pada permukaan cermin.


perkara- perkara lain:

mengurangkan warna pada cermin


cermin yang terlebih gelap bolehlah direndam kedalam air sabun yang dipanaskan melalui heater.
keluarkan cermin untuk memeriksa pengurangan warna.rendam jika perlu.

untuk mengeluarkan sepenuhnya warna rendam sepenuhnya cermin.ini akan mengambil masa dari 1jam ke 2 jam.

cermin kaca tidak boleh ditint menggunakan dye ini.selalunya cermin kaca berwarna akan dipesan di lab.

cermin perlu direndam dan pastikan tidak mengandungi buih oksigen terperangkap di sebalik tangkupan lens.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan