Sabtu, 28 Jun 2014

memasang cermin multifokal

sesudah mengesahkan kuasa multifokal distance dan reading power adalah seperti yang tertera pada pembalut lens melalui lensmeter,dan seperti didalam kertas tempahan pelanggan.

cermin multifocal hendaklah di potong dan di pasang kepada bingkai cermin mata mengikut ukuran pupil distance @ P.D pelanggan yang telah ditandakan pada dummy lens ataupun pada tandaan titik marker pen pada celophane tape.

penandaan P.D boleh dibuat oleh practising optician,optometrist dan dispensing technician atau wakil jualan yang berpengalaman.

selalunya ukuran ini diambil menggunakan marker pen dan ditulis didalam kertas resit tempahan pelanggan.

pengiraan pada bingkai cermin mata:
mestilah diantara jarak ukuran centimeter panjang seluruh bingkai cermin kanan ke cermin kiri menggunakan pembaris pupil distance (P.D) dan dibahagikan mengikut kiraan bucu nasal ke hujung bingkai tempat temple.

pengiraan juga tertakluk kepada acuan former samada ianya tepat ataupun tidak tepat:
semua ini memainkan peranan supaya cermin multifocal yang bakal dipotong tidak tersasar dari kiraan p.d yang telah dibuat.

akibat kesalahan memotong cermin tidak mengikut ukuran pupil distance :
pelanggan akan merasa tidak selesa menggunakan cermin mata.ini oleh kerana kiraan fokal point anak mata mereka tidak tepat pada cermin mata yang telah dipotong .berikut adalah contoh cermin yang dipotong salah

  • jarak ruang intermidiate menjadi terlampau tinggi
  • jarak ruang membaca menjadi terlalu ke bawah
ambil former dan letakkan former kepada klip menggunakan mesin pembuat former

file former menggunakan file hingga bucunya sempurna dan ukur didalam petak bingkai . file former hingga sempurna sepenuhnya mengikut bentuk lengkok dan bucu bingkai. ini penting untuk mendapatkan acuan yang sempurna.

letakkan pembaris p.d ke bingkai antara nasal kanan (tempat soldering joining kaki nose pad dan menuju ke kiri hujung  bingkai ke temple secara horizontal )mengikut garisan mendatar .

ingat perbezaan antara jarak tersebut tersebut.(cth

M( former TEPAT - kiraan mendatar MASUK ataupun KELUAR @kiraan IN ataupunOUT)

jarak former : 4cm sebelah kanan
jarak former : 4cm sebelah kiri
former tepat oleh kerana jarak ukuran centimeter kedua belah bahagian adalah sama.pengiraan bolehlah dibuat seperti dibawah ini : ( 1a)

A(former TEPAT - kiraan menegak ATAS atau TURUN@ kiraan UP ataupun DOWN )
jarak former : 4cm sebelah atas
jarak former : 4cm sebelah bawah
former tepat oleh kerana jarak ukuran centimeter kedua belah bahagian adalah sama.pengiraan bolehlah dibuat seperti dibawah ini : ( 1a)

(formula former TIDAK TEPAT-kiraan mendatar MASUK atau KELUAR@kiraan IN ataupun OUT)
jarak former : 4cm sebelah kanan
jarak former : 8cm sebelah kiri
former tidak tepat oleh kerana terdapat 4cm perbezaan jarak .
bahagikan perbezaan itu mengikut formula ( 4cm bahagi 2cm = 2 in )
pengiraan hendaklah dikurangkan sebanyak 2 in pada pengiraan contoh dibawah ini : 3 in dan 4 up kekal ( contoh sepatutnya : pengiraannya ialah 5 in,dan 4 up pada mesin layout )
(formula former TIDAK TEPAT -kiraan menegak ATAS atau TURUN@ kiraan UP ataupun
DOWN)

jarak former : 4cm sebelah atas ( former terlalu tinggi )
jarak former : 8cm sebelah bawah
former tidak tepat oleh kerana terdapat 4cm perbezaan jarak kiraan menegak .
bahagikan perbezaan itu mengikut formula ( 4cm bahagi 2cm = 2 down )
pengiraan hendaklah dikurangkan sebanyak 2 in pada pengiraan contoh dibawah ini : 3 in dan 2 up kekal ( contoh sepatutnya : pengiraannya ialah 5 in,dan 4 up pada mesin layout )
(1a) pupil distance ( P.D ) pelanggan yang telah diukur dan ditanda menggunakan pen marker pada dummy lens ialah 70cm.

kira panjang bingkai dari hujung mata kanan ke mata kiri selaras dengan titik pen marker tersebut.

contohnya : 80cm

formula ialah 80cm tolak 70cm = 10cm perbezaan

10cm perbezaan perlulah dibahagi 2 = 5cm

pengiraannya ialah 5 in,dan 4 up pada mesin layout (jika former tepat )


4cm up adalah standard untuk multifocal (tidak perlu diubah)

tandakan pengiraan ini di atas kertas tempahan.

lekat suction sucker yang telah dilekatkan dengan 3m blocker .

masukkan suction tersebut kepada lengan mesin layout (lens blocker)

masukkan lens tersebut kepada mesin layout.

perhatikan kedudukan lens melalui kaca visual bawah mesin layout.

pastikan kedudukan lens itu tepat ( kiraan mengikut titik dibawah tanda tambah pada cermin multifokal ).

lekatkan suction kepada permukaan cermin.

keluarkan cermin dan pastikan suction melekat kuat.

selesai.

masukkan ke dalam mesin briot 5000 untuk clamping dan proses pemotongan.



contoh carta multifokal ( berbagai jenama dan versi /ukuran berbeza antara satu sama yang lain,pastikan anda menggunakan jenama & versi yang sama seperti jenis cermin multifokal )

sekiranya cermin multifokal tiada tanda + pada permukaan

angkat cermin tersebut ke arah sumber cahaya dan lihat jenama multifokal tersebut menerusi mata anda

perhatikan ada 2 titik lutsinar pada setiap cermin

cara menentukan yang mana satu cermin kiri ataupun kanan ialah perhatikan logo multifocal pada setiap cermin

pastikan anda lihat logo itu tidak terbalik sebelum menandakan 2 titik

jika logo adalah sebelah kiri ,cermin itu adalah sebelah kanan (tandakan R pada cermin sebelah dalam)

jika logo adalah sebelah kanan,cermin itu adalah cermin kiri (tandakan L pada cermin sebelah dalam )

tandakan 2 titik sisi kanan dan 2 titik sisi kiri pada cermin kanan tersebut menggunakan marker pen

ulang pada cermin kiri pula

dapatkan carta jenama multifokal yang sama jenis dan versi

letakkan cermin tanpa tanda T di atas carta multifokal

daripada situ,menggunakan pen marker, copy & buat palang T dan tandakan 1 titik dibawah tanda T mengikut multifocal chart sebagai panduan

pada cermin kanan akan terdapat 3 titik dalam garisan lurus beserta tanda T ( lengkap )

pada cermin kiri akan terdapat 3 titik dalam garisan lurus beserta tanda T (lengkap )






Tambah kapsyen

segala tanda akan menjadi lengkap pada cermin dan bolehlah dimasukkan ke mesin penanda jenama Dia

panduan anda adalah 1 titik dibawah tanda T pada cermin yang sudah ditanda


ambil suction

buka stiker lama pada suction yang akan digunakan dan pastikan permukaan suction bebas dari sebarang kesan stiker lama

jika terdapat lebihan stiker yang masih melekat,ambil minus skrudriver dan kerik sehingga bersih dari sebarang stiker

buka stiker 3m

lekatkan sedikit air pada permukaan suction (memudahkan untuk membuka sticker 3m apabila selesai)

lekatkan sticker 3m pada suction

hidupkan lampu pada mesin penanda jenama dia

lekatkan tombol atas dengan suction yang  sudah dilekatkan 3m stiker

ada 2 tombol pada mesin ,tombol lengan suction dan tombol penahan lens

(tak perlu gunakan tombol yang berupa penahan cermin kerana cermin akan mudah calar/pada aku lebih baik pegang dan menggerakkan cermin dengan menggunakan jari )


terdapat 2 ruang dalam mesin penanda jenama dia

ruang atas untuk meletakkan former dan menggerakkan cermin untuk penandaan

ruang bawah untuk melihat dan memastikan titik pada cermin ditanda mengikut jarak ukuran former/p.d/bingkai (cth : 3in 4up)

letakkan acuan former anda dalam mesin penanda jenama dia

letakkan cermin kanan diatas former

lihat menerusi panel kaca di bahagian bawah mesin penanda jenama dia

ubah dan alih cermin berpandukan titik dibawah T tersebut mengikut ukuran acuan former anda pada mesin penanda (cth : 3in dan 4up)

lihat ukuran tersebut dan gerakkan cermin dan pastikan ianya tepat ( supaya axis cermin tidak berubah )

dengan tangan kiri,angkat tombol dan lekatkan suction pada lengan tombol dan tekankan pada permukaan cermin dengan kekuatan yang kuat tanpa memberi stress pada cermin. (beri perhatian lebih kepada cermin kaca kerana ianya mudah retak )

angkat cermin yang sudah dilekatkan dengan suction dan tekankan sekali lagi dengan jari telunjuk dan ibu jari.

option : pasangkan 3m tambahan pada belakang cermin sekiranya ianya ialah cermin kaca (untuk mengelakkan mudah pecah)








(masih dalam pembinaan )







Tiada ulasan:

Catat Ulasan