Ahad, 6 Julai 2014

mengambil ukuran pupil distance

terdapat beberapa perkara perlu dibuat sebelum mengambil ukuran :

pastikan ,dummy lens terlekat pada cermin mata baru
jika tiada dummy lens,lekat 1 lapis cellophane tape kepada bingkai secara vertikal @ menegak di anak mata pelanggan

ambil bingkai yang sudah dibeli dan buat adjustment yang sesuai pada muka pelanggan

pastikan adjusment vertex sisi 45darjah dibuat serta tangkai kaki bingkai tidak terlalu ketat .minta pelanggan menundukkan kepala ke arah bawah dan pastikan cermin mata tidak melurut dan terlalu longgar dan dapatkan maklumat jika pelanggan berasa selesa.

ukuran boleh diambil menggunakan marker pen.

dalam keadaan duduk sama tinggi & kedudukan antara pelanggan dan anda,minta pelanggan melihat kepada muka anda secara menegak.

dengan perlahan ,alihkan kedudukan muka pelanggan supaya menjadi lurus dengan tangan anda ke pipi pelanggan.

minta pelanggan menggunakan kedua-dua anak mata dan melihat terus hanya kepada pangkal batang hidung anda.

minta pelanggan supaya tidak bergerak

gunakan jari hantu anda sebagai penahan di muka pelanggan sambil tandakan 1 titik menggunakan marker pen tepat kepada titik tengah anak mata pelanggan sebelah kiri.

ulang dan buat pada titik tengah anak mata sebelah kanan pula.

angkat tangan anda dari muka pelanggan.

lihat sekali lagi pada ke-2 titik yang anda telah buat samada ianya bersamaan dengan titik anak mata tengah pelanggan .(ulang ukuran pupil distance sekali lagi jika ianya tidak tepat dengan titik anak mata tengah pelanggan)

minta pelanggan membuka cermin mata,dan ambil ukuran menggunakan p.d ruler.

tulis ukuran p.d kepada resit order kaca mata.

lekatkan cermin mata bersama dummy lens@ cellophane tape yang telah ditanda dengan marker pen kepada resit order kaca mata.

selesai.



Khamis, 3 Julai 2014

adjustment cermin mata

Bengkel :

bagi pelanggan yang mempunyai kontor muka yang sekata.

(pembetulan kaki dan sisi kaki bingkai)

terbalikkan cermin mata dan pastikan kaki cermin mata kedua-duanya seimbang dan mengenai meja.

tekan salah satu kaki bingkai dan lihat samada ianya pegun dan tidak terangkat antara satu sama yang lain.

jika tidak seimbang dan bergerak,angkat cermin mata dan kenyitkan sebelah mata dan lihat menerusi mata yang terbuka  sisi kedua-dua kaki bingkai secara vertical dan perhatikan yang mana perlu dinaikkan.

selalunya kaki dan pandangan sisi cermin mata perlulah berkedudukan 45darjah slanting.

gunakan playar seperti diatas.(playar tersebut adalah playar untuk membetulkan lengkungan lurah cembung base curve cermin pada bingkai).kepitan harus dibuat di pemegang skru,sambil tangan kiri menahan seluruh cermin dan bingkai serentak serapat yang boleh ke hujung temple.tekanan haruslah dari tangan kanan,menuju ke arah kiri.

jika menggunakan endpiece adjusting playar ,bahagian besi kepitan perlulah dibalut dengan kain supaya tidak mencacatkan bingkai dengan kesan kepitan.kepit playar dengan tangan kanan dan tolak ke arah tangan kiri.buat bengkokkan dengan perlahan-lahan dan stabilkan tekanan supaya tidak terlalu kasar.

(jika menggunakan tangan ) pegang  temple pada bahagian skru dengan ibu jari dan telunjuk kiri,dan ibu jari tangan kanan harus mengenakan tekanan pada bahagian hadapan kanta sambil jari telunjuk kanan menarik pada permukaan dalam kanta.

jika menggunakan playar temple angling,kepitan harus dibuat di pemegang skru,sambil tangan kiri menahan seluruh cermin dan bingkai serentak serapat yang boleh ke hujung temple.tekanan haruslah dari tangan kanan,menuju ke arah kiri.

buat sehingga kedudukan kaki sama antara satu sama lain.

kemudian terbalikkan bingkai ke arah yang berlawanan .

perbetulkan lengkungan L pada hujung kaki menggunakan mesin heater (pemanasan plastik ) supaya lapisan plastik yang menyaluti kaki tidak patah ketika melenturkan hujung temple tip

sekiranya tiada heater atau tenaga letrik,boleh juga menggunakan pemetik api tetapi hendaklah dilayangkan secepat yang mungkin agar ianya tidak terbakar pada satu tempat sahaja.layangkan pada bahagian api yang kuning dari pemetik api.

apabila selesai,pusingkan bingkai dengan permukaan kanta menghala ke lantai dengan kaki ke atas.bingkai hendaklah menghadap ke anda,untuk melihat nose pad dari arah atas.perhatikan kedudukan jarak kedua-dua nose pad sama jarak antara satu sama lain.

membetulkan bridge

pembetulan bridge di bahagian hidung amat penting oleh kerana terdapatnya tulang hidung.kulit yang nipis dan lembut membaluti tulang mudah terluka dan boleh menyebabkan kesan lebam berwarna merah akibat kedudukan nose pad yang tidak sempurna di muka pemakai cermin mata.

jika berbeza jaraknya,ambil playar nose tajam pada dan kepitkan untuk betulkan jarak kaki nose piece . buat dengan berhati-hati kerana bahagian ini paling sensitif serta mudah patah.

rapatkan sekiranya pelanggan mempunyai hidung tinggi.lebarkan sekiranya pelanggan mempunyai hidung pesek.ratakan sekiranya pelanggan mempunyai hidung rata.

kemudian, gunakan playar bermuncung u untuk mengepit kedua-dua nose pad dan perbetulkan kedudukan tempat letaknya supaya nose pad tidak menyucuk secara menegak pada permukaan tulang hidung.

uji kedudukan nose pad yang sudah di adjust seperti berikut, letakkan bingkai dengan nose piece ke pangkal tulang ibu jari bahagian bawah anda.untuk kedudukan hidung tinggi,alihkan nose pad ke bahagian tertinggi sebagai contoh hidung manakala jika inginkan kedudukan hidung yang lebar,alihkan nose pad ke bahagian pangkal tulang ibu jari bahagian bawah anda.ulang kepitan jika anda ingin tinggi ataupun melebar dan uji semula.

pembetulan jarak lebar kedua-dua kaki bingkai antara pipi ke pipi yang satu lagi.


membetulkan jarak vertex antara pipi dan bingkai



membetulkan lengkungan temple tips.


membetulkan cengkaman temple tips.


pembetulan cengkaman temple tips di bahagian belakang telinga amat penting oleh kerana disitu terdapatnya tulang tengkorak belakang telinga .kulit yang nipis dan lembut membaluti tulang tengkorak di bahagian belakang telinga mudah terluka dan boleh menyebabkan kesan lebam berwarna merah akibat kedudukan cengkaman temple tips yang tidak sempurna di muka pemakai cermin mata.

hujung sebelah bawah temple tips hendaklah dilengkungkan seperti huruf C .elakkan cengkaman yang terlalu kuat pada kulit tengkorak belakang telinga dengan melihat setiap bahagian sisi kepala pelanggan.







 mengetatkan skru

skru perlulah diketatkan dengan kadar tidak terlalu ketat atau terlalu lemah.skru yang ketat atau tidak boleh dilonggarkan sama sekali boleh dibaikpulih dengan meletakkan semburan wd40 terlebih dahulu .

bagi skru yang tidak mempunyai trip kepala (skru mata phillip yang rosak) atas atau trip kepala hampir rosak,boleh dibaiki dengan cara menekan kuat sambil memulaskan mata skru driver yang mempunyai mata yang amat tajam sekuat hati mengikut arah berlawanan jam kepada trip kepala yang rosak.

tekanan yang kuat ini akan membuka kembali skru tersebut dan pemulasan perlu dibuat hingga ke tahap yang mampu dan disambung dengan kepitan dan pulasan playar jenis mata tajam hinggalah mata skru dikeluarkan dari lubang trip sepenuhnya.

membetulkan spring pada temple tips.



bagi pelanggan yang mempunyai kontor muka yang tidak sekata:
sesetengah pelanggan mempunyai kontor muka yang tidak sekata,jadi pembetulan cermin mata hendaklah diberi perhatian dengan terperinci dan pembetulan kedudukan cermin mata secara personalise.berikut adalah contoh-contoh pembetulan yang perlu dilakukan.


sisi pipi lebar :
bagi pelanggan yang mempunyai sisi lebar, kaki temple cermin mata hendaklah dilengkungkan seperti bentuk C mengikut kontor muka .



sisi pipi tirus :
bagi sisi pipi tirus, pembukaan pada pangkal bingkai yang menuju ke sambungan skru kaki temple cermin mata hendaklah diluruskan menggunakan playar temple .kepitkan ke dalam untuk

hidung tinggi tidak sekata :

hidung pesek tidak sekata :

hidung rata :

tulang tengkorak belakang telinga tidak sekata:









Mewarna kanta cermin mata lama anda

Kanta plastik cermin anda yang tidak mempunyai hardcoat atau multicoat boleh di warnakan di bengkel potong cermin mata untuk dijadikan cermin mata hitam. antara warna yang akan direkomen ialah :


Hijau Gelap : tint gradient 70-90% percentage ( warna ini paling sejuk untuk digunakan utk mata )

Kelabu : tint gradient 70-90% percentage ( warna ini sejuk untuk digunakan utk mata )

Jingga : tint gradient 70-90% percentage ( warna ini sejuk untuk digunakan utk mata )

Coklat : tint gradient 70-90% percentage ( warna ini sedikit panas,menarik haba cahaya matahari masuk ke dalam mata ,kerana ianya mengandungi base yang berwarna kuning )

jika terlalu gelap,warna itu akan menganggu power pada cermin mata ,sebaiknya dalam gradient 70-80%



untuk kegunaan komputer :


Biru lembut : tint gradient 15-20% percentage ( warna ini paling sesuai untuk digunakan utk mata,meredupkan dan menghalang kerlipan silau cahaya yang dikeluarkan oleh computer pada setiap masa )


untuk kosmetik :

Light pink : tint gradient 15-20% percentage ( untuk kulit cerah )

Light brown : tint gradient 15-20% percentage ( untuk kulit sawo matang )


Cermin itu juga boleh dipotong untuk dimasukkan ke pilihan bingkai cermin mata yang baru sekiranya cermin itu besar .

potong dulu cermin mata samaada melalui tangan atau menggunakan mesin briot 5000 dan kemudian bolehlah diwarnakan menggunakan heater + air +dye optical rx .

sekiranya diwarnakan dahulu ,akan kelihatan kesan putih selepas potongan cermin dan akan mencacatkan kecantikan cermin itu.



















jenama sunglass aku pakai dulu


dulu aku beli sunglass jenama ini ketika kerja di taman tun :

jenama hugo boss

dan jenama police.







Tempoh masa potong cermin

tempoh masa untuk memotong sepasang cermin mata :

jika pantas : 15min
paling lewat : 30min ke 1jam


Selasa, 1 Julai 2014

pelanggan pusat kaca mata intan

dato pahamin rejab,anaknya en.armin bainiaz (jpj) (proton PEDA)
tan sri hashim kamil
dato kamaruddin alias ( ketua polis trafik selangor)
tan sri rahim noor,puan seri,anaknya udani,imaya,idayu
dato fb mansoor,anaknya cik faradiba,dan en. iskandar (glomac)
en.harith ( drb hicom)
kak liza kamaruddin  ( petronas)
en senrose
tun maharezza dan isterinya
dato ahmad pardas ( sime darby )
aziz m osman ( pengarah filem)
ac mizal dan amelia rosnaida( penyanyi )
boss lim tayar
martin wee ( nissan ceo  di p.j) selalu bagi kalendar