Ahad, 6 Julai 2014

mengambil ukuran pupil distance

terdapat beberapa perkara perlu dibuat sebelum mengambil ukuran :

pastikan ,dummy lens terlekat pada cermin mata baru
jika tiada dummy lens,lekat 1 lapis cellophane tape kepada bingkai secara vertikal @ menegak di anak mata pelanggan

ambil bingkai yang sudah dibeli dan buat adjustment yang sesuai pada muka pelanggan

pastikan adjusment vertex sisi 45darjah dibuat serta tangkai kaki bingkai tidak terlalu ketat .minta pelanggan menundukkan kepala ke arah bawah dan pastikan cermin mata tidak melurut dan terlalu longgar dan dapatkan maklumat jika pelanggan berasa selesa.

ukuran boleh diambil menggunakan marker pen.

dalam keadaan duduk sama tinggi & kedudukan antara pelanggan dan anda,minta pelanggan melihat kepada muka anda secara menegak.

dengan perlahan ,alihkan kedudukan muka pelanggan supaya menjadi lurus dengan tangan anda ke pipi pelanggan.

minta pelanggan menggunakan kedua-dua anak mata dan melihat terus hanya kepada pangkal batang hidung anda.

minta pelanggan supaya tidak bergerak

gunakan jari hantu anda sebagai penahan di muka pelanggan sambil tandakan 1 titik menggunakan marker pen tepat kepada titik tengah anak mata pelanggan sebelah kiri.

ulang dan buat pada titik tengah anak mata sebelah kanan pula.

angkat tangan anda dari muka pelanggan.

lihat sekali lagi pada ke-2 titik yang anda telah buat samada ianya bersamaan dengan titik anak mata tengah pelanggan .(ulang ukuran pupil distance sekali lagi jika ianya tidak tepat dengan titik anak mata tengah pelanggan)

minta pelanggan membuka cermin mata,dan ambil ukuran menggunakan p.d ruler.

tulis ukuran p.d kepada resit order kaca mata.

lekatkan cermin mata bersama dummy lens@ cellophane tape yang telah ditanda dengan marker pen kepada resit order kaca mata.

selesai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan