pusat kaca mata intan cawangan taman tun tempat aku bekerja dulu ada memberi kemudahan asrama kepada aku.
asrama pertamaku :
ialah di atas kedai cermin mata tempatku bekerja iaitu di alamat : Angel cake house,no.35,jln tun mohd fuad 3,taman tun dr ismail,60000,kuala lumpur.ianya terletak di tingkat 4 kedai tersebut.kemudian alamatnya bertukar kepada no.35b,jln tun mohd fuad 3,taman tun dr ismail,60000,kuala lumpur.
aku tinggal di atas di dalam sebuah bilik.bilik ini terletak di belakang iaitu berdekatan dapur.bilik ini adalah sebuah bilik stor dan terdapat barang-barang didalamnya.aku tidur didalamnya dengan sekeping tilam & bantal di atas lantai.ketika itu aku cuma mempunyai sebuah kipas dan sebiji radio transistor sebagai peneman bosan.
ayah angkatku,en.mansoor dan keluarganya tinggal di 2 buah bilik
(en.mansoor,makcik siti,kakak amelia@elly,jijie,yaya dan adik)
aku & semua staff yang tinggal di asrama ini berkongsi bayar bill
elektrik & air secara asing-asing selama kami tinggal di asrama.
bilik yang mempunyai balkoni di hadapan pula diduduki oleh ms.judy low.
pernah sekali,en.mansoor & keluarga ajak aku pergi ke karaoke di ss2,pj setentang dengan stesyen minyak untuk berhibur di karaoke tetapi tidak diberi masuk.alasannya,anak-anak perempuan beliau memakai tudung.
en.mansoor ada menolong aku untuk menukar i.c dalam masa yang sangat singkat atas pertolongan pelanggan kedai cermin mata yg bernama kak noi yang bekerja di pej.pendaftaran petaling jaya.aku dapat i.c baru dalam masa 1minggu.
makcik siti selalu memasak makanan untuk aku .aku bagi duit untuk beli barang makanan.aku selalu makan bersama keluarga en.mansoor.jasa baik mereka memang aku tak akan lupakan.keluarga en mansoor dari singapura ada datang melawat dari yishun,adiknya en.matnoor (optisyen pkmi d.jaya ),anak saudara en.mansoor nama solihin & keluarganya (kakak en.mansoor agaknya ), seorang wanita bujang dan kawan baik kakak elly nama kak eda ada bertandang sebelum kak elly berkahwin dengan abang sani.mak tam,kak ani ada bertandang tetapi ketika itu aku sedang bekerja .bapak dan borhan ada datang sewaktu selepas hari raya.pakcik en.mansoor dari singapura ada datang bertandang dan bermalam kerana dia ingin berubat secara tradisional.rozita pernah naik ke asrama untuk berjumpa judy.
en mansoor rajin beli buah seperti dokong,langsat,durian,mata kucing,oren sunkist,pisang merah. . antara ulam yang dia suka beli ialah kacang botol.sayur celery,karot pun selalu dibeli oleh en.mansoor.
pernah sekali cik siti masak telur pindang.en .mansoor bila hari ahad,dia akan memasak sejenis daging dalam tin yang dibeli di pasaraya yang dicampur dengan kacang peas serta bawang dan dijadikan inti roti.cik siti ada memasak menggunakan ajinomoto.
selain itu,ada staff lain yg bekerja di kedai yang sama duduk di sebuah bilik lain menghadap balkoni.
(miss.judy cheong/optician di pkmi caw.ttdi).judy selalu memasak daging dengan herba menggunakan slow cooker di dapur.dia suka makan coklat cadbury.dia selalu pakai sliper dalam rumah.
aku kadang-kadang memasak nasi goreng dengan menggunakan perencah nasi goreng adabi.buat air.
malam-malam aku menulis surat (majalah mangga).aku ada sebuah buku berkulit tebal 300 lebih mukasurat berwarna merah yang aku tulis tentang setiap pelajaran dan catatan ilmu cermin mata yang diajar oleh en.mansoor di asrama ini.
kami tinggal bersama selama lebih kurang 3tahun lebih
kemudian en.mansoor & keluarga berpindah ke rumah barunya di rawang country home berdekatan ritz club rawang country home.
bilik en.mansoor di asrama menjadi kosong
seorang staff berjawatan dispensing technician@practising optisyen dari ampang point mohon untuk tinggal di asrama dan tinggal di bilik en.mansoor (namanya jackie kong)
sebelum itu,judy keluar dari asrama dan tinggal di kajang (dia ada sebuah kedai runcit yg diusahakan bersama kakaknya)
lebih kurang 1tahun aku tinggal dengan jackie.kadang-kadang aku dan jackie naik kereta wira sedan biru dia dan pergi makan tomyam di kampus uia di petaling jaya berdekatan universiti hospital,makan di kedai nasi lemak papa chop,mama grill di dalam kompaun kelab ritz,taman tun.jackie pernah beritahu tentang cerita Li Ka Shing,jutawan Hong Kong
kepada aku.aku dan jackie makan maggi pakai chopstik di asrama.
jackie juga rajin buat air lo hong ka iaitu sejenis air tebu herba dari cina .kami selalu minum air tu.
aku ada memakai minyak zaiton jenama bertolli sebagai minyak rambut,minyak bon (kawan aku nama hanafiah dari johor yg bertukar ke sekolah st michael pernah bagitahu aku pasal minyak ni.dia adik kepada cikgu amnah di sekolah st michael).
en mansoor pakai bedak cutticura,mapo.
aku ada bawak awek dua orang (nama aina @ kerja di pusat pakaian hari-hari di petaling street dan seorang lagi aku lupa namanya tetapi seorang perempuan indonesia yang putih melepak kulitnya ) naik ke bilik asrama aku tapi berlainan masa.
adik lelaki aku nombor 3 iaitu khairul@beyo pernah datang melawat aku serta bermalam selama beberapa hari di asrama ini
ada seorang despatch dari melaka,bernama zul kadang-kadang datang melepak tengok video cerita lucah di bilik aku.kadang-kadang rahman (despatch pkmi contract) datang ke bilik menonton.kadang-kadang kawan nama as (kerja chief k.d di Tropicana Golf club) datang menonton video dan pinjam cd.zainal @ enal (kerja butik baju 1utama) pun ada datang untuk membeli cd koleksi aku.
motorsikal yamaha rxz warna merah aku hilang di asrama ini.
kemudian asrama itu dirobohkan untuk renovation.aku dan jackie masih tinggal di situ walaupun luar bilik berdebu dan berpasir.ketika ini opsm sudah mengambil alih.
sewaktu en.mansoor & judy ingin keluar,mr liew ada naik ke asrama untuk bertemu judy dan aku dan beritahu tentang bill elektrik sambil melihat asrama. ketika itu jackie baru ingin masuk ke asrama.
jackie duduk beberapa ketika kemudiannya ,jackie berpindah ke rumah lain yang aku lupa lokasinya.aku merokok rokok dunhill dan gudang garam.jackie sesekali merokok hisap rokok aku.atau dia beli rokok jenama jenis menthol.jackie jarang merokok.aku dan jackie berkongsi bayar bill elektrik & air di asrama selama kami tinggal di asrama.
asrama kedua,damansara utama ;
ketika ini aku membeli sebuah basikal untuk berulang alik ke tempat kerja.basikal jenama probike dibeli dari kedai joo ngan, ttdi seberang jalan restoran mahbob.basikal ini aku masukkan ke dalam rumah apabila malam.
rumah teres 2 tingkat ini lokasinya di damansara utama dan mempunyai beberapa bilik.
aku tinggal di sebuah bilik.
seorang akauntan wanita berbangsa cina mrs.connie dari dari caw.pkmi damansara jaya, tinggal di sebuah bilik kelamin bersama suaminya.
seorang akauntan wanita bujang berbangsa cina nama josephine dari caw.pkmi damansara jaya,tinggal di sebuah bilik.
seorang staff lelaki dari sarawak bekerja di caw.lain tinggal di sebuah bilik.aku dan staff ini ada menjual beberapa koleksi tali yang dihiasi riben (riben hiasan macam dekorasi krismas dibuat dari tali ikat lembu dipulas seperti angka 8 dan di gam dengan ornament seperti buah-buahan,bunga ros merah & pink berbentuk lurus/bentuk 8 digantung di dinding,pintu,atau atas television) diperbuat dari negeri kedah oleh saudara perempuannya di tapak letak kereta berhadapan pusat penjaja makanan damansara uptown,selangor.staff ni selalu suka cakap perkataan koma.dia selalu bawak awek perempuan melayu bermalam di bilik hampir setiap malam.ada seorang penyanyi kumpulan rock membeli hiasan itu kalau tak silap hattan .
tak silap aku ada berjumpa seorang staff cina kerja pkmi bernama brice tapi aku tak pasti dia duduk di asrama ataupun tidak.
seorang staff lelaki dari sabah bernama sylvester yg bekerja di caw.damansara jaya tinggal di sebuah bilik.dia selalu bawak awek perempuan melayu bermalam di bilik hampir setiap malam.dia menaiki sebuah motorsikal jenis cup.
di rumah ini buat kami hal masing-masing iaitu memasak di dapur menggunakan gas.kami berkongsi membeli tong gas.
aku & semua staff yang tinggal di asrama ini berkongsi bayar bill elektrik & air secara asing-asing selama kami tinggal di asrama.
diruang tamu tiada televisyen.cuma ada sofa.
ada sekali aku dan josephine berborak panjang di ruang tamu ketika malam.
asrama ketiga ;
ketika ini aku menaiki basikal yang aku masukkan ke dalam asrama pada setiap malam.aku memakai sejenis rantai besi yang dibeli berupa spring dari kedai basikal joo ngan.aku ada membeli topi fox di kedai tersebut.aku tukar tayar onroad.
rumah teres 2 tingkat ini lokasinya di damansara jaya setentang dengan pusat kaca mata intan cawangan damansara jaya.rumah ini dibeli oleh en.liew,boss pusat kaca mata intan .
rumah ini dilengkapi dengan penyaman udara,bath tub,shower.mesin basuh sisi jenis bulat kaca.
aku & semua staff yang tinggal di asrama ini berkongsi bayar bill
elektrik & air secara asing-asing selama kami tinggal di asrama.
ketika ini jackie kembali duduk ke asrama sejak duduk ditempat lain ( dia tiada di asrama kedua )
aku dan jackie berkongsi duduk di sebuah bilik master bedroom di tingkat atas yang mempunyai penyaman udara,tub mandi,almari kabinet melekat didinding.kami memaku jaring nyamuk berwarna hijau di tingkap asrama.
seorang staff lelaki cina berjawatan optisyen,dari pulau pinang,memakai kereta honda duduk di sebuah bilik.lelaki ini pernah dimarahi oleh jackie disebabkan dia meminjam berus gigi jackie.aku jarang berborak dengan dia.bilik dia di tingkat atas.dia duduk seorang diri.
seorang akauntan wanita berbangsa cina mrs.connie dari dari caw.pkmi
damansara jaya, tinggal di sebuah bilik kelamin bersama suaminya turut berpindah ke sini.biliknya di tingkat atas,bersebelahan bilik aku dan jackie.
miss.judy cheong ,optisyen@manager pusat kaca mata intan centre point duduk di sebuah bilik di tingkat bawah.ketika ini dia memakai kereta jenis toyota camry baru berwarna kuning.saudara judy pernah datang tapi aku lupa di asrama ini atau diasrama lama.
dalam bilik ni aku selalu tengok tv dengan jackie.kadang-kadang kami makan kuaci berperisa jenis cacheer.kadang-kadang kami ambil kerusi dan berborak di belakang rumah menghadap pkmi d.jaya.
cerita jackie ,dia duduk di semenyih,bapak dia kerja sebagai penoreh getah.dia ada ikut bapak dia menoreh.semasa hujan dia tak dapat turun menoreh getah.
kadang-kadang aku berjumpa judy di tempat mesin basuh baju.di ruang tamu ada sebuah tv set dan sofa.
di rumah ini buat kami hal masing-masing iaitu memasak di dapur menggunakan gas.kami berkongsi duit membeli tong gas.
aktiviti aku di asrama
ketika aku masuk bekerja di ttdi,ada beberapa staff bengkel potong cermin mata bernama marco dari caw. ampang dan lim beng koi @ optician daripada pulau pinang selain rozita,cik mansoor dan miss.judy.di ruang belakang kedai kami ,mempunyai sebuah pusat rawatan muka yang menggunakan produk thalgo yang diusahakan oleh anak saudara perempuan mr.liew,iaitu cik penny.
aku bekerja hampir setiap hari,oleh kerana asrama di atas tempat kerja.asrama aku di atas tingkat 4 rumah kedai taman tun dr ismail.
sewaktu aku masuk ke asrama tersebut,aku lihat di atasnya sudah ada barang-barang en.mansoor @ cik mansoor memenuhi ruang rumah kedai tersebut,termasuklah didalam bilik stor yang aku duduki.
ruang paling hadapan ialah sebuah balkoni yang dilitupi oleh awning besi.di bawah awning ini,ada beberapa penyokong awning besi yang digunakan untuk menyidai pakaian.
aku lihat antara perkakas rumah yang en.mansoor letakkan di ruang tamu ialah tv,sebuah set lengkap sofa kayu yang dibawa dari Singapura,sebuah video deck.ada sebuah rak tempat letak kasut tapi aku tak pasti di luar atau didalam rumah.pada pintu masuk ada sebuah cermin kecil untuk melihat siapa diluar dan sebelah dalam ada rantai besi kecil sebagai kunci tambahan supaya tak mudah untuk orang masuk jika tombol pecah.
manakala ada sebuah bilik study yang cik mansoor buat daripada sengkangan kayu berserta tingkap kaca khas untuk yaya dan adik.didalamnya ada sebuah komputer lama berwarna putih dan sebuah meja untuk menulis.
ruang dapur pula ada peralatan memasak seperti sebuah toaster roti ,alat pembuat roti sardin jenis kepit menggunakan kuasa elektrik,dapur double burner,sebuah labu sayong berwarna hitam yang diperbuat dari tanah liat (dibeli di kuala kangsar,perak) untuk mengisi air panas,sebuah cerek air jenis eletrik,rice cooker jenis national,sudip,pengepit tong panjang,sebuah tempat pemanggang jenis aluminium berukuran 1kaki x 3kaki,peralatan memasak,sudu & garfu,pisau,penumbuk sambal belacan,pinggan mangkuk jenis melamin,tissue roller ,gelas jenis china yang mempunyai penutup (gelas cik mansoor),water filter jenis air panas dan air sejuk.di tepi sinki pula ada tong sampah jenis ada lid jenis engsel .sebuah kipas,meja makan empat segi yang dirapatkan ke dinding dan sebuah peti ais.peralatan ada juga dibeli di ikea.
di ruang kaki lima bilik cik mansoor ,bilik anak-anak cik mansoor serta dihadapan bilik aku ada laluan jenis tiles untuk menuju ke dapur.diseberang tiles itu ada sebuah lapangan simen yang tidak mempunyai bumbung dan disitu cik mansoor ada membina sebuah penyidai pakaian yang unik.palangnya sisinya dibuat dari besi,dan tempat penyangkutnya dibuat dari batang kayu panjang( 7kaki x 7kaki ) seperti batang mop kayu mudah alih yang berbentuk bulat yang boleh dibeli di hardware.
diruang hadapan seberang bilik aku terletak sebuah bilik air + tandas mencangkung & sebelahnya tandas jenis mangkuk duduk .di sebelah tandas itu terdapat sebuah pintu yang boleh membuka untuk ke tangga jenis spiral (jenis kolonial kata cik mansoor) dan sebuah pintu kecil chute untuk membuang sampah ke bawah.di atas tandas itu mempunyai sebuah tangki air berwarna hitam jenis pvc.tandas pula adalah jenis mencangkung di sebelah kiri.
didalam bilik aku ialah sebuah bilik yang dijadikan bilik stor dimana ketika aku masuk ke dalamnya ada macam selimut putih yang digantung panjang seperti langsir sebagai pembahagi bilik antara barang-barang keluarga en.mansoor dari singapura di dalam kotak yang tersusun.ruang untuk aku tidur boleh memuatkan tilam dan aku tidur di atas lantai.tetapi aku tak kisah.dalam bilik aku ada sebuah kipas mudah alih.
didalam bilik mandi en.mansoor ada ubat gigi jenama darlie,sabun
jenis tekan bersaiz besar,berus baju,syampu urang aring,sabun mandi
berbau buah jenama fruitale.
dalam tangki air en mansoor ada letakkan sebutir timah.katanya untuk menyerap panas haba air.
aku akan terus balik ke bilik setiap hari setiap malam di tingkat 4 .setiap hari ahad,hari cuti aku akan bersama cik mansoor di asrama (kadang-kadang membaiki,berjalan ke pasar ttdi,pasar kayu ara,jaya jusco bandar utama,kedai hardware di taman tun,kedai hardware di kg kayu ara,pasaraya sogo,pasaraya maidin,membeli belah di pertama komplex dan di jalan tuanku abd rahman (kak eli,jijie,yaya,cik siti,adik selalu beli tudung,dan aku pernah membeli 2 helai tudung biru & merah untuk kawan aku bernama wawa belajar di new zealand /aku kenal melalui majalah mangga) .sekali sekala aku keluar berjumpa kawan-kawan aku di damansara jaya.aku rajin keluar apabila aku memakai motorsikal yamaha rxz berwarna merah aku plet wga9711.selama aku bekerja di pkmi,aku selalu menggosok pakaian kerja di depan bilik study yaya dan adik.
aku tak pernah mengganggu atau melakukan perkara tidak senonoh dengan anak-anak en.mansoor selama aku tinggal di asrama.
cik mansoor pernah bawak aku ke pasar malam ss2.
sekiranya cik siti ada memasak lauk tambahan,en mansoor akan menyuruh aku naik makan sewaktu tengahari.kadang-kadang acik siti sakit kepala.kalau dia sakit,semua orang susah hati.kadang-kadang dia beritahu "dapur ditutup" maknanya tiada makanan pada hari itu.
jika ada harijadi dalam keluarga en.mansoor,kami sambut hari jadi dengan makan kek.
setiap malam selepas kerja aku akan makan bersama keluarga en.mansoor.cik siti tidak bekerja dan rajin memasak.aku selalu mengelap meja dan mencuci pinggan selepas makan di atas singki ,walaupun pinggan orang lain kerana aku berterima kasih atas makanan yang dihidangkan.aku akan pastikan singki dan meja bersih dari pinggan mangkuk sebelum tidur.kadang-kadang aku menyapu sampah di asrama dan dapur.kalau sinki tersumbat,aku gunakan pam tangan untuk keluarkan apa yang tersumbat,atau menggunakan sejenis acid atau sejenis dawai panjang.semua ini en.mansoor yang ajar aku.
en.mansoor orang bugis.cik siti orang boyan.cik mansoor adalah seorang s.c di singapura sebelum datang ke malaysia.banyak perkara aku belajar dari en.mansoor.aku hormat dia.en.mansoor tidak lokek ilmu.
cik siti selalu menggosok pakaian en.mansoor dengan rapi dan kemas.dia suka memasak sarapan atau makan tengahari seperti masakan epok-epok,jeganan,jemput-jemput,kuah chelok,cucur udang,kuah kari rempah baba,nasi lemak,bergedil,kalau makan pula cik siti suka roti john,en mansoor suka apam balik .cik siti suka menjahit pakaian.cik siti akan membasuh pakaian aku setiap hari.dia akan menyuruh aku meletakkan pakaian yang perlu dibasuh di dalam besen basuh.cik siti menggunakan mesin basuh dibawa dari singapura jenis manual yang mempunyai 2 ruang penutup yang perlu dialihkan pakaian dari membasuh ke membilas.cik siti suka membeli ropol-ropol kain langsir dan memasang langsir yang dibeli di jaya jusco 1utama.aku selalu pergi ke jaya jusco bersama cik mansoor dan cik siti.cik siti suka hidang air teh wangi cap singa atau masjid aku lupa tetapi packingnya dalam kotak berwarna merah.aku selalu masak air dan tuangkan panas-panas dalam labu sayong warna hitam.berasap labu tu tapi tak pecah.pada cerek elektrik pula ada sebuah tudung plastik mudah alih diletak pada muncung cerek supaya cerek tidak mudah dimasuki cicak.
cik mansoor pula suka membaiki barang rumah yang rosak seperti tombol pintu (kunci pernah ditukar sekali kalau tak silap aku),paip air,membaiki lampu kalimantang,memasang starter kalimantang,memasang mentol bulat,memasang housing lampu,tukar fius dalam soket,membaiki soket,membaiki pam tandas yang rosak,drill dinding dan memasang drill bit meletakkan kayu sebelum ,memaku dinding menggunakan hammer dan paku cement.aku selalu tolong dia. cik mansoor selalu ajak aku baiki ,jadi tukang pegang tangga, baiki bebola dalam pam tandas yang rosak dan pergi cari barang seperti drill bit,beli sealeant paip,beli skru,beli alat bertukang,kepala paip,di kedai hardware di belakang barisan kedai pkmi ttdi.kadang-kadang kami pergi ke hardware di kg kayu ara .cik mansoor ada sebuah box alat-alat pertukangan di rumah.cik mansoor suka pergi ke pasar setiap hari ahad,dan aku selalu ikut dan tolong angkat barang-barang yang dibeli di pasar.pasar selalu dipergi ialah di pasar taman tun dr ismail,kemudian ke pasar kg kayu ara,dan pasar mini cina di jalan rahim kajai.kadang-kadang cik mansoor ajak aku pergi ke kg kayu ara untuk meminjam video kaset di kedai video kaset.cik mansoor suka menonton filem under seige lakonan steven seagall sebab dia suka tengok aksi seni pertahankan diri aikido dan berita jam 10:30 atau 12 malam .aku pernah menonton dengan kak elly cerita speed lakonan sandra bullock ,dead presidents filem christopher reeve ,filem con air, filem sister act lakonan whoopi goldberg,cerita the mask ,madagascar dan bermacam lagi dirumah selepas habis kerja atau hari ahad.selain itu kami sekeluarga menonton tv di ruang tamu tengok perlawanan bola sambil cik siti hidangkan makanan kudap-kudap.cik siti pandai masak.
ada pernah 2 kali kami panggang ayam di atas tempat terbuka sidai pakaian.kami makan pakai pinggan makan pakai buang.en.mansoor suka makan cheese nan tandoori atau kashmiri nan tandoori di salah sebuah restoren di taman tun.
buah kegemaran cik mansoor ialah buah pear hijau yang rangup.roti pula ialah roti kentang dan roti bougette .cik siti suka buah lai warna kuning.pernah sekali cik mansoor ada belikan epal washington yang segar dari washington.aku makan buah tu di dalam kedai.en mansoor suka makan bubur bersama lauk pauk.en.mansoor tak boleh makan pedas disebabkan tonsilnya sudah dibuang.en.mansoor ada main badminton dengan ah keong di pj tetapi kemudian kakinya terseliuh dan tendonnya rosak.en.mansoor ada buat operation tendon kakinya.en.mansoor suka beli jam tangan dari orang yang datang menjaja di kedai.antara barang yang suka dibeli ialah jam tangan tiruan seperti yang dijual di petaling street,minyak attar berbagai bau antaranya eternity dll.kadang-kadang dia membeli dompet kulit gajah dari penjaja berbangsa negro.en.mansoor suka beli pakaian jenama charles jourdan dari sogo.seluar pula adalah dari jenis kain khaki.ketika bekerja,en.mansoor suka memakai baju kemeja putih,dan seluar slack.en mansoor suka masak pada hari ahad ,resepi kacang hijau goreng yang dimasak dengan bawang merah,berserta daging dalam tin dan dimakan dengan roti gardenia.kadang-kadang kak elly buat roti bawang putih.kadang-kadang roti dimakan bersama keju.dalam peti ais selalu ada peel fresh-Marigold dan susu coklat HL,planta , meadows polyunsaturated spread,kicap manis zara,lychee dalam tin.atas meja selalu ada roti gardenia.kak elly pandai masak pizza guna oven.
cik mansoor suka tengok rancangan juara lagu.antara peserta juara lagu yang en.mansoor minati ialah dato siti nurhaliza.antara lagu yang selalu didengar ialah cindai,purnama merindu.
kadang-kadang cik mansoor belikan aku baju pagoda,kain pelikat cap gajah duduk .dia selalu pinjamkan aku duit bila aku takde duit.kadang-kadang aku advance dari syarikat atau dari wang petti cash.tapi selalunya aku pinjam duit cik mansoor ,dia tak pernah menolak untuk memberi pinjaman kepada aku.en mansoor suka tengok bola dengan kak elly.di tempat kerja,en.mansoor pernah betting bola (dengan duit) dengan ah keong.
cik mansoor suka makan mee cintan dan indomee goreng.
cik mansoor dulu pernah hisap rokok,tapi dia berhenti selepas kak elly lahir.di rumah ada set ubat yang disimpan oleh cik mansoor.selain itu ada ubat batuk cap ibu dan anak,ubat benadryll ( cik mansoor ajar aku pakai ubat ni,terdapat dua jenis ubat iaitu jenis tanpa kahak atau jenis dengan kahak,ubat minyak angin yoko ono,dan jenis minyak angin kayu putih botol pelekat hijau,minyak panas putih jenis sapuan,air cap kaki 3.en.mansoor ajar aku rendam baju dengan sabun breeze dengan beberapa titik clorox berserta rendaman sentalan sabun mandi di kolar baju.cik siti ajar pakai softlan pelembut baju.en mansoor selalu suruh kosongkan air daripada besen mandi selepas selesai mandi.semasa hujan aku basuh lantai di tempat lapang yang ditimpa hujan.aku cuci stokin sendiri dan ada besen untuk merendam pakaian.
masa ni aku merokok rokok gudang garam dan dunhill.
kak elly suka makan spagetti dan masak spaghetti, ice cream haagen-dazz.dia pandai masak pizza guna oven.pada suatu subuh diasrama,aku terjaga sebab terdengar tentang kak elly nak kahwin di bincangkan di dapur.kak elly pakai kereta wira warna biru kemudian bertukar proton waja warna kuning selepas kahwin dengan abang sani.
jijie pernah masuk ke hospital sjmc ,dan aku pernah melawat ketika dia di sana.
adik dan yaya suka masak burger .mereka suka makan oreo dan coklat m&m.kami minum eno,makan keju kraft,kismis ligo,sos cili lingham.
aku jahit butang baju aku sendiri kalau butangnya tercabut.aku ada jarum peniti dan benang.
kak elly dulu belajar di sekolah di singapura di ang mo kio kemudian di kolej stamford,pj,dia ambil o level di singapura dan ambil kertas ujian english 1120(apa number kertas ujian english dia tapi yang aku tahu ikut silibus Singapura) .kak elly belajar sekejap di kolej monash,pj.kak elly memang pandai cakap orang putih.oleh kerana english kak elly level tinggi,dia pernah jadi guru sementara matapelajaran bahasa inggeris .kak elly ada menggunakan khidmat ajensi pekerjaan kelly services untuk mencari kerja.jijie belajar di ITM shah alam jurusan perhotelan.jijie dapat anugerah dekan beberapa kali kemudian dia dapat anugerah pengarah.yaya belajar di sek menengah taman tun dan adik di sekolah rendah taman tun.
sewaktu pilihanraya,aku pernah mengundi di sekolah menengah taman tun.aku pakai i/c alamat di pusat kaca mata intan.aku undi parti UMNO semasa tu.cik mansoor tak suka dengan UMNO.dia suka PAS dan PKR.cik mansoor sokong anwar ibrahim.
bila cik mansoor balik Singapura,dia ada belikan murtabak singapura yang ditabur daging diatas untuk aku makan.kadang-kadang en.mansoor pergi ke rumah adik dia di sungai buloh iaitu rumah en.mat noor.
cik mansoor belajar ugama di masjid al-falah,singapura.en.mansoor selalu sembahyang di tempat kerja ,di rumah atau di masjid setiap jumaat.en.mansoor selalu sembahyang di masjid at-takwa,taman tun dr ismail.hari jumaat dia selalu ajak pak ungku pergi sembahyang.aku memang tak sembahyang sebab dari kecik-kecik lagi aku dah puas sembahyang di madrasah di kampung temiang,basuh pinggan untuk moreh,duduk di madrasah.en.mansoor ada ajak aku sembahyang,tapi aku tak pergi.
pada bulan puasa,en.mansoor gerakkan aku untuk sahur bersama keluarga.anak dan keluarga en.mansoor semua bersembahyang ketika di asrama.aku tak pernah bersembahyang di asrama.
anak-anak cik mansoor diluar asrama pakai tudung .tapi dalam rumah semua tak pakai tudung.yaya,jijie dan adik dalam rumah pakai seluar pendek je.aku anggap mereka macam adik beradik.mereka memakai handphone,kecuali adik@norhidayu.
en.mansoor pernah bawak aku makan di restoren the ship di sebelah atria,damansara jaya bersama keluarganya.kami makan steak.cik mansoor selalu menderma darah di hospital .
en.mansoor suka beli jam tangan .antara jam tangan yang dibeli ialah jenama seiko.en.mansoor juga ada pen mont blanc.pernah en.mansoor bawak kami sekeluarga ke petaling street untuk tengok barang-barang di sana.
en.mansoor suka recycle benda-benda.
ada sekali pusat kaca mata intan mengadakan annual dinner di restoran windmill,di shopping compleks mid valley megamall.en.mansoor bawak judy,ita,aku ke sana.
acik siti & kak elly suka beli kasut di vincci,aku rasa pernah sekali kami ke sungai wang,bukit bintang,metrojaya.
aku sayang cik mansoor dan cik siti dan semua ahli keluarga.cik mansoor selalu ajak aku pergi chop passport setiap 6 bulan di pusat imigresen pusat bandar damansara untuk achik siti dan anak-anak.oleh kerana mereka rakyat Singapura sebab mereka susah nak dapatkan kerakyatan.en.mansoor mudah untuk dapat kerakyatan kerana bapa en.mansoor ialah orang Malaysia duduk di kg kundang,selangor .setelah sekian lama kemudiannya selesai juga mereka sekeluarga menjadi rakyat malaysia.
antara kerja lain yang aku buat di asrama ialah memukul permaidani dengan kayu,pam sinki,lap cermin tingkap,sapu lantai jubin di sepanjang laluan kaki lima dari ruang bilik komputer ke dapur.
pernah sekali en.mansoor sekeluarga belanja makan di restoran pizza hut di taman tun.
aku pernah ziarah ayah cik mansoor ketika meninggal di kg.kundang.aku bagi rm5 dalam sampul duit raya sebab duit aku tiada .
aku jarang balik beraya dan ketika hari raya aku duduk di asrama.selalunya aku tak balik ipoh .
judy suka duduk didalam bilik.kadang-kadang dia ke dapur.dia jarang menonton tv di ruang tamu bersama.kalau dia keluar,dia balik ke kajang.judy suka beli buah-buahan. kadang-kadang mrs ong bagi dia makanan.judy ke dapur selalu masak maggi dan sejenis daging dimasak dalam pressure cooker.judy ada memakai handphone.judy kalau dia belum mandi,memang dia akan lalu di asrama tanpa menegur sesiapa pun.judy ada keluar makan bak kut teh di klang.dia selalu bercuti keluar negara seperti China.
aku pernah dengar pasal jaring tapi aku tak pasti en.mansoor ada gunakan atau tidak di komputer rumah.
en.mansoor pernah pergi kenduri kawin cina ( aku tak ingat samada boss atau siapa ) tapi aku tak pergi.
en mansoor selalu pergi restoran bapak jumpa makcik rodiah cashier yg skrg duduk di flet tropicana tak silap namanya makcik rodiah @ mak tam orang kedah,pekerja pustaka antara nama makcik ani(sekarang kedai baju al-munawarah) .( akhir sekali aku ada berjumpa makcik ani bekerja di pusat latihan memandu di damansara damai dengan teman lelaki dia bekas pekerja tukang buat roti canai di restaurant bapak ) ,staff foto zoom,
jiran-jiran kedai yang rapat dengan en.mansoor ialah :
bapak : tuan punya kedai makan (orang kedah )
makcik rodiah : cashier di kedai bapak (orang kedah )
pekerja buat air di kedai bapak
anak bapak : borhan
makcik ani : pekerja Pustaka Antara (orang kedah )
mr ong & mrs ong : kedai membaiki peti ais
halim pondan cashier: tukang masak di restoran bapak (orang kedah )aku ada terserempak dia selepas aku tidak bekerja di pkmi,ttdi kemudian di dangdut mawar biru,jalan dibawah uniasia.
(boss pakai kupiah) : kedai baju munawarah
jeff : pekerja despatch pos ad (duduk flat sri damansara)
pakcik hussin : driver poss add (orang sungai bill)
pakcik ghazali : driver poss add (orang perak )
raymond chew : boss poss add (orang bruas,tempat pawagam terbakar)
budak posmen : post malaysia
tokey hardware perempuan: kedai taman tun
pekerja india akauntan : restoran mahbob
ema : kerja foto zoom
bob @ zulhelmy : pelanggan
kawan en.mansoor yang selalu datang ke kedai ialah:
Engku muzaffar : duduk di taman tun,keturunan Raja Abdullah yang mencipta lagu Negaraku yang dibuang di kepulauan Seychelle.
engku selalu dtg bersama isterinya, kami selalu panggil mak engku,tetapi kemudian mak engku meninggal dunia.sejak mak engku meninggal dunia,pak engku selalu datang ke kedai kami.kadang-kadang anak sulungnya bernama maharis (pakar dna) dan anak keduanya muzaffar datang ke kedai.aku pernah beli peti ais dengan harga rm100 daripada pak engku yang tersimpan dirumahnya jenama lama yang mempunyai kunci dan masih elok digunakan untuk dibawa pulang di ipoh dengan lori oleh adik beso dan diletakkan di rumah pak lang aku di kg sri kinta.en muzaffar pernah naik ke asrama dengan cik mansoor.
bob@ zulhelmi ,pelanggan taman tun (bapak dia ada felda,org muar,) ,pernah bawak aku naik ke pejabat dia di syarikat syer market di sebuah bangunan di tepi jalan nak menuju ke sogo,berdepan dengan dbkl.bob pernah bawak aku ke (gelaran mapley) kedai deretan lama damansara utama untuk makan otak-otak disebuah kedai disitu berdekatan java shoppe cafe.kadang-kadang kami pergi makan di kuehtiaw goreng di kedai kak laili di tepi longkang kondominium trilesis.kami pernah lepak kat taman tasik perdana sekali.
judy selalu duduk didalam bilik tak keluar.kalau keluar dia cuma ke bilik air.judy selalu tengok video tape cerita cina bersiri di dalam bilik.kadang-kadang dia pinjam tape lucah dari en.mansoor atau aku.kadang-kadang bila cik siti masak,dia ada tumpang makan sekali.
aku pernah pergi mydin,jalan tuanku abd rahman dengan cik mansoor dan aku beli disana sekeping ayat suci untuk digantung dirumah aku di ipoh.kami pergi ke semua house dan kedai-kedai tudung sekitar jln tunku abd rahman temankan acik siti dan anak-anak beli tudung.
pernah aku mendapat sebiji komputer berwarna putih dan aku letakkan di dalam bilik aku.walaupun komputer itu boleh menyala tetapi tidak boleh berfungsi sepenuhnya.aku lupa siapa yang bagi tapi rasanya dari asrama di tingkat bawah.kalau tak silap , aku pernah nampak stok dalam kotak ditingkat bawah.
di asrama ini aku ada menyimpan sebuah fail,didalamnya ada stiker amex & mastercard,daun maple new zealand dari wawa,surat balasan wawa,jazmeen,surat nota tentang harijadi semua harijadi keluarga en.mansoor,beberapa buku bank,2 keping duit singapura yg diberi oleh cik mansoor,(sekeping duit amerika dan sekeping duit brunei aku dapat dari tips bekerja sebagai bell hop di hotel ritz,ipoh disimpan didalam fail),slip gaji yang aku simpan,penyata epf & ea ,resit ansuran motorsikal syarikat mh chua brothers,resit ansuran tv,radio dari courts mammoth,resit beli perabot di perabot kayu ara,resit emas dari kedai emas sg way(di asrama kedua) & buku asn,ting,giro kuning,& beberapa kad bank,baju jersi manchester united berwarna merah,seluar jeans james dean,seluar slack,baju kemeja,seluar pendek,tracksut,baju pagoda,kain pelekat,tuala,stokin,tali leher,tali pinggang,sikat kutu & pengepit kuku.aku ada sebuah buku merah atau biru yang tertulis nota tentang kerja cermin mata dan pelbagai nota aku tulis didalamnya,serta lukisan yang aku coretkan .barang aku diletakkan dalam beg sukan berwarna biru berpoket 3 zip,sehelai baju lengan panjang berwarna kolar putih biru belang.2 helai baju rayban killer loop warna biru dan warna hitam,kasut kulit,minyak rambut bon,minyak zaiton jenama bertolli yang aku sapu di kepala untuk buat minyak rambut,bedak cutticura,bedak mapo,cadar merah tebal yang aku beli di uptown,tuala,seutas jam tangan,kondom 007,sebuah rantai emas tiruan yang dibeli di chow kit (aku ditipu ).kemudian aku beli stok stem,sampul surat poslaju,gam,kertas,pen,topi fox,2 buku leger panjang yang aku tak pasti apa aku tulis dalamnya.ketika itu aku ada beberapa emel tertulis dalam buku nota seperti shazul2000@catcha.com,shazul2020@cari,com,garangracing@hotmail.com berserta kata laluan.aku ada kolar pin kelab komputer diperbuat dari gangsa dalam beg aku.buckle marlboro kepala kambing,sebuah peta,pen amerika,minyak eternity.gatsby,jam loceng,kain pelekat,lukisan dinding bingkai aluminium,
selalu malam aku keluar dari asrama aku cuma pergi ke bawah asrama,dan duduk ditepi tangga kedai tengok orang lalu-lalang.kadang-kadang aku pergi ke kedai di stesyen minyak petronas dan 7eleven tepi stesyen minyak shell ttdi.aku beli roti sardine dan beli air coklat goodday dan lepak di situ.pernah sekali ada polis gay pakai uniform warna biru lengkap datang lepak lepas meronda dan ajak aku berjalan,tapi aku menolak.
aku ada pergi ke kedai kfc dan meminta makanan seperti set ayam goreng daripada staff disana jikalau aku takde duit.selalunya aku dapat sebab mereka bagi tetapi masa mengambil perlulah sewaktu malam sewaktu restoren kfc ingin ditutup.
kadang-kadang aku ke rumah bujang rahman,di asrama atria di atas lotus restaurant.rahman beberapa kali berpindah dari rumah bujang damansara utama belakang bulatan masjid damansara utama.
kadang-kadang aku pergi ke vmd atria lepak di tempat kerja atau di rumah asrama atria rahman.
aku ada kenal seorang perempuan nama norida ,kerja di celcom ttdi(orang jawa,batu pahat,johor/berniaga di ukm jual air/buat tempahan bunga org kawin dan bunga telur/aku pernah bawak kancil dia pergi ke johor,rumah keluarga dia dan makan mee bandung dekat jambatan batu pahat) yang duduk menyewa di ttdi,di situ aku ada kenal kawan dia nama noryn dan aku ada minta noryn buat logo syarikat untuk aku dan aku bayar untuk logo tersebut tak silap dalam rm200lebih .aku ada buat daftar syarikat di ssm,plaza yaohan di the mall.disana aku ada daftar 2 buah syarikat,iaitu sebuah syarikat cermin mata zulain optometrist ( kedai adik sepupu perempuan sebelah emak aku ,nama ain dan singkatan nama aku.kedai cermin mata ni bukanlah aku punya tetapi dia gunakan nama aku dalam pendaftaran ssm untuk mudah dia berniaga dan buat pinjaman kerana dia graduan ukm dan perlukan sokongan nama dalam industri.kedai cermin mata zulain ini di negeri kedah) manakala sebuah lagi syarikat sepenuhnya aku daftarkan bawah nama aku sebagai uptown movers .aku bayar rm55 kepada suruhanjaya syarikat malaysia.aku buatkan letter head,invoice,resit,name card.logo dia aku beli dari noryn dan aku minta nasihat pakcik aku ,pakcik rahim dari segi rekabentuk design.aku cadang nak beli lori untuk pindah rumah.aku cadang nak cari duit untuk beli lori,tapi aku tiada duit dan cita-cita tu terpendam.aku ada mintak quotation daripada sebuah gudang utk dijadikan tempat simpanan barang.
aku ada buat projek tanam rumput jenis taiwan di sebuah rumah bandar utama.tuan rumah itu tak setuju dengan rumput mutiara dan setuju ambil rumput taiwan .aku jadi boss masa tu dan aku ada pekerja 4 orang.aku dapat bayaran rm3k lebih dari tuan rumah.aku ada juga bagi melalui fax quotation syarikat aku pada cypark,putrajaya tapi aku tak dapat tender tanam rumput di sana.
aku ada beli sebuah rumah yang aku bayar secara ansuran di bandar sri damansara,projek l&g dan aku sign agreement di mutiara damansara dengan lawyer nama asyraf.lawyer ni beritahu aku sebelum aku tandatangan akan menjadi peluru kepada aku.aku jumpa comissioner of oath dan cakap aku dah berkahwin (tapi sebenarnya tidak )untuk memohon beli rumah pangsapuri dan dapatkan chop pesuruhjaya sumpah di damansara utama.aku bayar setiap bulan rm367-370 selama 20tahun sejak 199an melalui sistem mudarabah ,al bai bitaman ajil (sistem pinjaman tanpa blr ) di bank islam(kemudiannya bertukar ke bank muamalat)di jalan ipoh.kemudian aku lihat caw.bank muamalat dibuka di tepi korner kedai cermin mata di taman tun dr ismail.
ada sekali 2 orang budak cina macam nak ajak aku bergaduh di tempat letak kereta depan kedai,tapi aku tak bergaduh masa tu.
aku rajin beli kertas surat dan sampul surat di Pustaka Antara ketika itu.aku juga selalu pergi ke Pejabat Pos Mini di tepi Petronas untuk membeli stem dan menimbang surat poslaju untuk dihantar ke New Zealand ,sebelum ianya bertukar ke syarikat 7-eleven kemudiannya.
aku pernah makan dalam kereta sewaktu bulan puasa dengan pak andak aku di taman permainan kanak-kanak ttdi.masa tu kami makan dan merokok dalam kereta bmw 5201 dia.masa tu dia kerja di Mobil sebagai south east asia retail manager.
ditengah-tengah barisan kedai taman tun dulu ada sebuah bank aku tak pasti bsn atau bank apa (bank tersebut mengambil 2 buah kedai sebagai lotnya ,tempat aku mengambil gaji menggunakan kad) .tetapi yg aku tahu di atas ada rumah bujang tempat budak-budak sarawak duduk.aku pernah bertandang ke atas sana,bergambar dengan sebuah gitar kapok dan ada seorang budak sarawak nama latip (seorang lagi aku lupa namanya ), tunjukkan aku cara pelik masukkan beberapa biji ball bearing ke dalam kulit zakarnya.
setiap hari selepas balik kerja,aku terus menaiki tangga di hadapan tepi kedai .ketika ini aku tidak mempunyai motorsikal.aku akan melalui sebuah pejabat di tingkat 1 & 2 yang disewakan oleh Pusat kaca mata intan (pkmi) kepada sebuah syarikat pengiklanan bernama Pos Add dimiliki oleh en.raymond chew dari bruas,perak.
ditingkat 3 ialah sebuah bengkel cermin mata pusat kaca mata intan dikendalikan oleh anak saudara mr.liew,iaitu ah keong dan seorang staff lelaki cina bernama ah peng lelaki beragama buddha pemakan sayur,kadang-kadang zul datang bertandang.ada sebuah line telefon dari bawah ke tingkat atas,kalau tak silap.kadang-kadang order dihantar untuk dipotong di tingkat atas oleh ahkeong.(kemudian masuk seorang staff driver dari pkmi,damansara jaya datang ke situ bernama zul dari melaka,syarikat belikan dia Nissan vannette untuk kegunaan despatch dan motosikal.).kalau tak silap aku,tingkat ini pernah dijadikan tempat menyimpan stok dan terdapat sebuah bilik dengan meja seperti bilik konferance.
di tingkat 4 ialah asrama tempat tinggal kami.seluruh bangunan dari tingkat 1,2,3,4 asrama ini dibeli oleh mr.liew.
asrama pernah berubah 2 kali
tingkat 1 : syarikat pos add menyewa
tingkat 2 : syarikat pos add menyewa
tingkat 3 : bengkel potong cermin mata (ah keong/ah peng)
tingkat 4 : asrama pkmi (keluarga en.mansoor,aku,judy) pkmi
tingkat 1: pos add (kemudian berpindah ke philleo damansara )
tingkat 2 : pkmi :akauntan adik perempuan mr liew,connie,jovin
tingkat 3 : bengkel potong cermin mata (ah keong/ah peng + zul)
tingkat 4 : asrama pkmi(aku , jackie ) sebelum & selepas opsm ambil alih.
duduk di asrama bilik balkony (bilik ms.judy)
ada sebuah bilik berhampiran ruang tamu asrama di pusat kaca mata intan taman tun.bilik ini mulanya diduduki oleh seorang staff bernama ms.judy yang bekerja sebagai optician di pkmi ttdi.apabila ms.judy berpindah keluar dari asrama,aku masuk ke dalam bilik ini .
aku meminjam duit dari en.mansoor dan dibawa oleh en.mansoor untuk beli tilam dan katil besi baru berwarna merah kuning dan sebuah almari berwarna biru lembut yang mempunyai 1 pintu dan 2 laci di kedai perabot kayu ara bersebelahan flyover bandar centrepoint.
kemudian aku membeli tikar getah berwarna petak hitam putih untuk dibuat alas simen bilik disebuah kedai hardware di kg sg kayu ara.disitu juga aku beli sebuah tempat letak televison yang sama warna seperti perabot.aku beli sebuah almari papan berwarna biru dan tempat meletak tuala diperbuat dari besi.
aku membeli secara ansuran sebuah television jenama Sharp berukuran 24inci dan sebuah Hi-Fi jenama Aiwa 1500watt dengan cd changer daripada Courts Mammoth di Setapak dan membuat pembayaran di Courts Mammoth petaling jaya berdekatan naza.pembayaran ansuran adalah selama 2tahun.
aku ambil 2 kaki kerusi kedai cermin mata yang sudah pecah dan aku buangkan alas kerusi dan aku letakkan sebuah tempat display cermin mata berbentuk petak sebagai alas dan aku letakkan speaker diatasnya.
aku pakai cadar jenis sarung dengan spring elastik.
didalam bilik itu aku sediakan bakul untuk meletakkan baju untuk dibasuh dan sebuah papan sterika dan sebuah sterika jenama National berwarna merah.
aku cat bilik tu warna lilac.aku beli cat di harware.aku paku pada kayu pada sekeliling tingkap dan ikat dawai dan pasang langsir warna pink.bilik tu jadi berseri kembali.
luar balkoni ada sebuah kerusi plastik aku letak.
malam-malam aku tengok tv,cd dan lepak dekat balkoni sambil tengok motor rxz aku yang aku rantai di pili air.di dalam laci almari aku ada menyimpan beberapa buku log panjang tapi aku lupa apa notanya,surat, setem,gam,sampul poslaju.ketika ini aku dapat banyak surat dari majalah mangga.aku juga ada mengambil hiasan kayu dari cermin mata yang tidak dipakai jenama guess sebagai hiasan sebelah tv.aku pakai pen pilot warna besi.ada sejambak bunga dengan pasu di atas rak tv iaitu bunga matahari.ada sebuah lukisan tergantung di bilik aku.
perabot en.mansoor masih ada di ruang tamu.mesin basuh ada ditinggalkan untuk kami gunakan.
masa ni aku tinggal dengan jackie.jackie dan aku pernah makan tomyam bersama di sebuah universiti di p.j.kadang-kadang kami ke uptown.jackie suka pergi berenang di chin woo.dia selalu cerita tentang teknik berenang dengan jurulatih di chin woo.dia pernah masak brokolli rebus bagi aku makan.aku pernah masak tomyam ekor lembu di asrama.selalu kami masak mee segera sewaktu malam atau makan bersama.masa ni en.mansoor dah duduk di rawang.jackie pernah bawak aku ke giant selayang naik kereta wira biru sedan dia.kami ada pergi makro shah alam.malam-malam selalu kami jugak pergi ke kedai makan di sekitar uptown,ttdi.
zul despatch melaka,pkmi d.jaya rajin datang ke bilik aku selepas bekerja.dia memakai handphone.
jackie selalu check darah dalam badan di makmal (pathlab).
jackie memakai handphone.
ada seorang staff lelaki melayu @optisyen bernama jasni (dia berniaga ikan bilis diambil dari pantai timur untuk dijual ke kedai-kedai) daripada sarawak pernah bawak aku naik kereta iswara dia sekeluarga ke morib untuk cari siput.dia pernah naik ke asrama ttdi .
aku selalu pergi pasar karat cari barang-barang seperti kasut terpakai untuk kerja.
pergi chow kit
aku ada pergi berjalan di pasar bundle di chow kit dan berjalan membeli pakaian terpakai untuk dibuat bekerja seperti seluar slack dan baju kemeja terpakai.selain itu aku juga pernah membeli baju terpakai di pasar malam kg kayu ara.ketika itu aku pergi dengan keluarga en.mansoor.
postbox
terletak di dalam pintu tangga bawah,tangga mempunyai karpet 3m dibawahnya berwarna merah hingga ke tingkat 2.selepas itu tangga hanya berlantai simen.
pembayaran bill rumah kedai
en.mansoor beritahu nilai bill elektrik & air rumah kedai berbeza dengan kadar bill rumah biasa.aku & semua staff yang tinggal di asrama ini berkongsi bayar bill
elektrik & air secara asing-asing selama kami tinggal di asrama.pembayaran dilakukan di sebelah taman tun iaitu pejabat dbkl di kuala lumpur,berdekatan pasar ttdi,zubedy.
handphone en.mansoor
en.mansoor mempunyai handphone menggunakan line maxis.ketika itu dia memakai beberapa model handphone antaranya Nokia 3310.kemudian en.mansoor bertukar memakai talian celcom.pejabat celcom di sebelah klinik ibu dan kanak-kanak ttdi.ada sekali tu en.mansoor dapat handphone dalam kotak dibelikan oleh kak elly.
aku ada memakai handphone jenama Nokia 5110 ,kemudian nokia jenis Nokia 3210.aku pakai talian celcom,kemudian nokia.
kereta en.mansoor
ketika itu en.mansoor memakai ( sebuah van syarikat pkmi )berwarna biru jenis vannette yang diberi pinjam oleh mr.liew,boss pusat kaca mata intan.(ada sebuah pasaraya kecil kalau tak silap parkson,ttdi berhadapan kfc taman tun di korner lot)
kemudian en .mansoor membeli sebuah kereta nissan sentra berwarna hijau gelap (tapak letak kereta berbayar metro) .kemudian dia menukar ke sebuah kereta honda sm4 (berpindah ke rumah bandar baru country home intermidiate,rawang), kemudian sebuah kereta waja berwarna kelabu (berpindah ke rumah taman velox).
kereta en.mansoor mulanya dibasuh oleh seorang lelaki india secara kontrak bulanan yang menaiki basikal sekitar taman tun.
cik mansoor selalu mencuci keretanya sendiri setiap hari ahad di tapak letak kereta berbayar metro .
en.mansoor selalu buat wheel alignment di lim tayar.kemudian ada sekali buat alignment di sebuah bengkel melayu di kg.kayu ara.
ritz club,ttdi
aku ada seorang kawan yang kerja sebagai trainer gym di sana.aku lupa nama dia tetapi aku ada masuk dalam gym tempat dia bekerja dan mintak nasihat dia untuk angkat berat.dia ada ajar apa supplement makanan nak makan .di asrama aku ada besi angkat berat.aku ada beli buku body building di atria.
majalah mangga
aku pernah menghantar surat beserta gambar aku memakai baju rayban killerloop berwarna biru,berseluar pendek di tepi pantai port dickson ke majalah mangga.aku tipu dan beritahu majalah mangga ruangan juwie bahawa emakku marah bercinta . aku mendapat banyak surat peminat antaranya surat dari perempuan bertudung dan tidak bertudung dari seluruh malaysia,ada juga peminat lelaki gay yang aku tahu namanya sebab tidak bernama dalam kandungan surat menghantar surat beserta gambar lucah lelaki gay tapi aku buat tak layan,keratan majalah gambar perempuan bogel,cakera padat lucah didalam surat.
antara peminat yg rajin aku utus surat ialah cik jazmeen dari taman dagang,ampang dan cik salwariza shualdi (wawa) dari johor ( belajar di universiti massey,n.z).
setiap hari posmen akan hantar surat aku sampai aku tak terbaca.terlampau banyak surat sehingga aku tak sempat menulis & membalas.memang bertimbun.kadang-kadang ita mintak bukak surat untuk baca .surat ni aku bawa ke atas asrama.
peraduan teka bola di utusan malaysia
aku ada masuk peraduan teka bola di utusan malaysia tetapi aku tak pasti aku ada menang.kalau aku ada menang,aku nak balik hadiah aku.
buka buku akaun di asb, akaun Sedar
cik mansoor ada menyuruh aku buka akaun asb di bank berhadapan taman tun.setiap bulan aku mencarum rm100 melalui akaun sedar selama 2 tahun.duit itu aku keluarkan selepas 2 tahun dan pindahkan ke akaun asb.staff disana adalah pelanggan taman tun ,seorang lelaki melayu en.anas dan seorang perempuan bernama cik fadilah.kemudian aku ada keluar dan gunakan duit itu untuk membeli rantai emas di kedai emas sungai way,selangor dengan abd rahman (despatch atria shopping compleks) .aku ada akaun giro dan ting.
aku ada membuka sebuah akaun public bank di ruang tingkat bawah pejabat syer market mohayani sebelah bawah berdepan dengan balai polis damansara utama tempat sarjan zul dan rosli (polis pph sistem salleh,d.jaya) bertugas,bersebelahan java shoppe cafe internet.
ada sebuah bank ditengah-tengah barisan sederet dengan kedai cermin mata jln tun mohd fuad 3,taman tun .disitulah tempat aku mengambil gaji pkmi sewaktu aku bekerja dulu,tapi aku tak ingat apa nama banknya.bank itu menggunakan 2 shoplot .bank ini juga en.mansoor rajin pergi untuk masukkan duit syarikat pkmi.
main mesin judi kuda
aku ada main mesin judi kuda di 3 tempat.sebuah tempat di damansara jaya,sebelah atria,di taman tun di tapak kedai tepi restoran mamak mahbob,dan di tepi hujung deretan kedai taman tun bersebelahan public bank dan foto zoom.antara kawan-kawan aku jumpa disana ialah din,pekerja stesyen minyak shell taman tun dari kuala kangsar memakai motor tzm dan seorang kawannya juga dari kuala kangsar,despatch pos add bernama jeff juga ada bermain disana,seorang polis yang mabuk pun ada bermain sekali,seorang towkay cina pakai kereta mercedes pun ada main sekali setiap malam habis rm1000 ringgit katanya,seorang lelaki dari sungai penchala yang selalu memakai kot ayahnya yang telah meninggal dunia,rahman despatch,as,koji dari taiping kerja vmd atria.
main internet
aku pernah main mrc di cybercafe java shoppe di damansara utama sebelah balai polis damansara utama .disana aku kenal melalui chat mrc seorang awek brunei bernama dayang alai.aku pernah berjumpa dayang alai hanya sekali,kami bermain game di dalam ruang tamu dan tidur bersama ramai-ramai di ruang tamu di pangsapuri salah seorang saudara dia menyewa di bandar sunway.ketika itu aku memakai motor yamaha rxz merah aku.
kemudian aku pernah dibawa oleh rahman ke kedai cyber cafe di damansara jaya.disana aku membuka sebuah akaun cari.com dan catcha.com email.email aku tak silap bermula dengan garang@ hotmail.com
kedai makan yang kadang-kadang aku dan en mansoor kunjungi
kedai kakak laily @ di taman tun dr ismail tepi trelises,depan pusat kaca mata intan,tapak parking pasar ttdi(bersama cik mansoor makan tauhu bakar dan roti john)
restoran insaf di jalan tunku abd rahman bersama cik mansoor sekeluarga.
kedai tepi jalan seorang pakcik jual di korner tepi stesyen minyak shell ( selalu aku beli makanan tengahari nasi campur lauk daging,rendang dengan en mansoor,rozita dan judy)
restoran bapak ttdi sebaris kedai cermin mata ( makan kuehtiaw goreng dan teh o ais dan en mansoor)
restoran tepi jalan rojak seberang damansara kim berdepan shell.
restoran tepi jalan popiah ss.ali (taman tun)
restoran ayamas (taman tun)
restoran mama chop papa grill makan nasi lemak dalam kompaun ritz kelab taman tun.
kedai goreng pisang ditepi restoran mahbob
restorant india di tepi speedy video,sebelah menara optometrist untuk makan
restoran mahbob sebab en.mansoor suka makan tosei masalla dengan sayur dan teh tarik
restoran nasi lemak di atas pasar ttdi .
kedai jual air soya di atas pasar ttdi.
restaurant the ship,damansara jaya bersebelahan atria,d.jaya.
restoran muhibbah,ttdi
en.mansoor pernah pergi
ada sebuah bank ditengah-tengah deretan kedai taman tun tempat aku bekerja dan tempat itulah aku mengambil gaji,bank itu mengambil 2 lot kedai sebagai tapak operasinya.
ada sebuah bank di damansara jaya baris tengah dengan public bank (kalau tak silap aku).
public bank damansara jaya (masukkan duit jualan pusat kaca mata intan,ttdi)
maybank berdepan korner lot,jalan rahim kajai,kemudiannya berpindah ke belakang jalan tersebut.
maybank deret tengah restoran vichuda.
pusat kaca mata intan (d.j) untuk bertemu mr.liew untuk mengutip barang-barang,cermin mata,stok,serahan duit,berjumpa akauntan adik mr.liew,ms.jovin anak saudara mr.liew.
tmnet (damansara utama)
celcom (bill handphone) kemudian en.mansoor bertukar ke maxis .
bsn ttdi
pasar ttdi
sogo
pertama kompleks (handphone)
jln tunku abd rahman
jln masjid india
medan mara
jab.imigresyen, pusat bdr damansara (chop passport setiap 6 bulan sekali)
en.mansoor pernah datang rumah aku di kg sri kinta bersama keluarganya selepas kakak elly kahwin.
lim tayar
pasar pagi kayu ara (beli ikan tongkol putih)
kedai hardware kayu ara kepunyaan abang kepada abang kumpulan motor STP pakai aprillia,kayu ara
kedai hardware ttdi
restoran santai ttdi,bersebelahan perodua dealer
kedai runcit tapak restoran santai
kedai nasi ayam di damansara utama jalan pintas masuk ikut belakang kg kayu ara
kedai sewa video kaset di kg kayu ara
pasar chow kit beli basah dan barang pinggan mangkuk jenis melamin,alat-alat dapur,periuk,
oneutama (bahagian pasaraya basah dan bahagian langsir,kedai emas poh kong)
speedy video ttdi untuk sewa video sebelah menara optometrist
kedai di foodcourt damansara kim untuk makan ikan bakar
kedai pizza hut ttdi sebelah maxis
pasar malam selekoh sungai buloh jalan menuju ke penjara sungai buloh.
bsn sg buloh (apabila dia duduk di sg buloh bersebelahan rumah pak chu aziz & makcik maimunah aku)
delifrance ,beli roti baguette
petaling street,kl
sungai wang
lot 10,isetan
klcc
ikea(beli karipap)
tesco,mutiara damansara
giant
jaya jusco,one utama
tanjong golden village
poh kong (beli emas kak elly kahwin )
pasaraya fajar di damansara utama menghadap uptown
pasaraya econsave
subang airport
stesyen komuter sg buloh,klcentral,rawang
stesyen lrt
bukit bintang
metrojaya
kedai kain langsir nagoya
kamdar
reject shop
hang ten
giordano
restoran muhibbah,taman tun
maybank taman tun berdekatan jalan rahim kajai
kedai makan foodcourt belakang ibm,berdepan bangunan targa snooker.
sunway lagoon
langkawi ,pantai kok
restoran nasi ayam hainan di korner lot tepi jalan bukit bintang
makro shah alam
plaza shah alam
kedai makan foodcourt shah alam
pusat perubatan university malaya (derma darah)
jasima restoren
mid valley megamall @ restoren windmill ( pkmi,annual dinner)
carrefour
ikano power centre
putrajaya
kenny rogers
pizza hut
aquaria (en.mansoor ada pergi tapi aku tiada masa tu)
penggurup matawang asing
basikal aku
aku ada pakai basikal sewaktu bekerja di pkmi,ttdi .basikal jenama probike ada 6 gear berwarna kelabu kilat (warna besi krom )buatan mana aku tak tahu tetapi yg pasti aku beli di kedai Joo Ngan taman tun dr ismail.brek aloi warna biru dan gear jenis shimano . harga murah je sekitar rm200 tunai kalau tak silap aku.aku gunakan basikal itu untuk berjalan sekitar taman tun dan melalui damansara utama ldp.tayar basikal aku tukar pakai tayar onroad berwarna hitam dengan garisan sisi berwarna kuning.aku lupa jenama tayar tu,tapi yang aku pasti jenis import.tayar tu memang melekat bila ambil selekoh.aku ada masuk pertandingan lumba basikal di tasik perdana anjuran mana entah,tetapi sijil penyertaan ada di rumah kg di ipoh.
motor aku
motor ni aku beli di kedai motor mh cheah di jalan rahim kajai dengan ansuran muka dan bayaran bulanan melalui duit gaji aku bekerja di pkmi,ttdi.apabila selesai bayaran,motor tersebut hilang dan aku membuat report polis di balai polis taman tun dr ismail,berdekatan stesyen minyak mobil ttdi.
motor yamaha rxz merah yang aku beli guna duit aku bekerja hilang pada suatu hari.aku agak budak badrul ( aku pernah pijak kepala budak ni dalam kedai cermin mata di atas sofa) yang kerja sekejap di pkmi ttdi yg duduk menyewa di taman tun yang curi tapi aku takde bukti.motor tu aku kunci pakai 3 kunci solex yang aku gari menggunakan hose washing machine yang diisi rantai (en mansoor ajar aku macamana nak buat rantai ni masukkan minyak kepada rantai dan tarik menembusi hose tebal).pukul 3 pagi motor tu hilang. india susun surat khabar tu beritahu dia ada nampak orang di motorsikal aku.pada motor aku ada sekeping stiker yang rahman buat daripada warna merah,kuning,hijau.stiker tu kepunyaan geng motor kayu ara.aku gunakan jet fuel buatan usa untuk minyak hitam,dan aku pernah pakai tayar sotong tetapi licin diatas jalanraya,kemudian aku pakai tayar tt100.lain-lain aksesori standard.aku gunakan kunci jenama solex tiruan.aku ada beli jaket kulit bundle di chowkit untuk dipakai ketika menunggang.masa tu ada stesyen minyak projet.
lepak di rumah gro
aku kenal seorang gro di damansara utama.nama dia aku lupa.aku hantar dia balik rumah di kondominium kelana jaya dan tidur di rumah dia.sebelum aku keluar untuk pergi ke tempat kerja,ada 2 orang lelaki india datang ke kondo dan masuk tidur dengan dia.aku tak tahu apa berlaku selepas itu.
modesto sri hartamas
ada suatu hari aku terserempak dgn kawan aku dari sekolah st michael nama mahathir.masa tu aku kerja di opsm hartamas.aku masih duduk di asrama kedai cermin mata semasa tu.dia pakai kereta iswara merah.kami pergi ke modesto di hartamas.
opsm hartamas
ada seorang kawan lelaki kepada manageress opsm hartamas (ms.louise) ajak aku keluar makan.aku ikut dia lepas habis kerja naik pajero dia,aku ingat dia normal,rupanya dia ajak aku pergi ke kelab blue boy di lorong belakang .itulah pertama kali aku masuk kesana. lepas tu langsung aku tak pernah jumpa dia lagi di kedai.
pakcik rahim ajar aku tentang cara tulis surat retract berhenti kerja dan tentang kedai cermin di internet yang boleh memadankan gambar sebenar pelanggan dengan cermin mata .
kedai cd uptown
selalu aku beli cd di uptown.
pergi zoo negara
aku dengan wawa pergi ke zoo negara waktu tengahari.waktu tengahari binatang di zoo banyak yang tidur.wawa nak pergi sembahyang,aku temankan ke surau kecil di kompaun zoo.aku bagitahu wawa aku tak sembahyang.lepas tu wawa tak jumpa aku lagi dah.lepas tu ,aku dengar wawa dapat kerja di konikuniya,subang parade.
kedai burger rahman & faizal
kadang-kadang ,selepas balik kerja aku pergi ke kedai burger rahman dan faizal di restaurant syed abu ,d.jaya.banyak kawan melepak di kedai mamak ini.ada suatu hari tu seorang lelaki mamak yang mempunyai kedai mamak dari pulau pinang kawan kepada kawan mereka ada duduk di sini bersembang.selalu yg melepak ialah as,koji,rahman,faizal,shah,dll.lepas tu mamak tu tak bagi mereka berniaga disitu lagi.ada sekali rahman bagitahu dia ada dapat peluang beli kereta murah dari klang dengan harga
sebanyak rm500 ringgit,tetapi kemudiannya rahman ditipu.wang dia hangus.seorang staff vmd nama bob,nak jual kereta proton saga putih dia dengan harga murah.rahman beli dan bayar duit tetapi kereta tersebut tak boleh ditukar nama.rahman pakai proton saga tersebut beberapa lama,dan kemudiannya dijual kepada rakan sekerja di vmd,nama panjang.
rahman buat stiker di vmd,atria.
ada juga aku lepak di pejabat vmd,atria.aku selalu tengok mereka buat props untuk kompleks atria,mengecat menggunakan tangan dan mesin spray.rahman ada buat stiker menggunakan stok stiker yang dibeli di jalan pasar.aku pernah ikut dia pergi beli bahan stiker dan tahu tempat tersebut.rahman jual stiker sebagai pendapatan sampingan untuk tampung sara hidup dia.
pernah sekali aku datang ke pejabat vmd atria,selepas aku ketuk pintu, aku dapati koji dalam bilik tersebut sedang memleraikan daun-daun .rupa-rupanya satu mampatan daun ganja seperti kotak mampat dan aku tanya dia beritahu ini adalah satu bata ganja.ini kali kedua aku tengok ganja sebesar itu.aku tanya dia dimana dia dapat,kalau tak silap dia beritahu beli menerusi pulau pinang-thailand.aku tanya berapa harga,dia jawab berharga rm5000.aku duduk dan tengok dia meleraikan daun-daun ganja.kemudian dia ada meminta aku menolong untuk memasukkan ganja ke dalam packet plastik kecil dan melayurkan plastik kepada api lilin.aku ada buat beberapa paket,lepas tu aku beredar dari situ sebab aku rasa ganja tu banyak.koji ada mencekup ganja dengan tangan dan nak bagi pada aku ,tapi aku menolak.
kadang-kadang rahman dan aku ada menghisap ganja tetapi jumlahnya sangat sedikit.kami tak ketagih atau mencari-cari stok pun.
bawah asrama atria rahman ada restoran lotus.kami selalu makan disitu atau bungkus naik atas ke asrama rahman.seorang perempuan nama delima dari ipoh datang ke kuala lumpur nak bermalam.aku bawak dia ke asrama rahman.tidur semalam disana,kemudian dia balik ipoh semula.
rumah setinggan di kayu ara di bawah jejambat projet stesyen
ada sebuah rumah setinggan di kayu ara di bawah jejambat projet stesyen minyak menuju ke taman megah.rumah itu adalah rumah sewa bujang koji,rahman,joe,dan beberapa orang lagi.aku selalu ke situ.sebelah rumah sewa mereka ialah sebuah rumah bujang yang diduduki oleh seorang abang dan kawan-kawannya.di rumah tersebut setiap malam,man junction akan datang dan hisap ganja bersama mereka di belakang rumah.dia selalu bagitahu aku yang hisap ganja tidak salah dan semasa dulu,mereka boleh menghisap ganja didalam bas.
ada seorang lelaki dari geng stp duduk di depan rumah setinggan ini dan dia jarang keluar rumah.aku lupa siapa nama dia.dia seolah olah macam tidak boleh keluar dari rumah keluarga dia.kerapkali aku lalu dengan motorsikal aku ,aku selalu terserempak dgn dia didepan rumah dia.dia kembar dua adik beradik muka hampir serupa,aku pernah nampak mereka sebelum ni di sekitar atria.tapi ketika itu,seorang adiknya tiada .dan aku tak pernah nampak adiknya lagi selepas itu.
kedai makan man junction
ada masa aku lepak di kedai man junction.man upah rahman sebagai pekerja bancuh air.aku pernah kerja dengan man junction sebagai tukang buat air dan belajar buat air dari rahman.rahman ada kedai makanan di taiping kepunyaan emak dia .dia ada pengalaman tebar roti canai dan buat air.
man junction ada berniaga nasi lemak ayam panas.aku pernah tolong man jual nasi lemak di kedai man junction dan meminta share pulangan jualan separuh separuh oleh kerana dia tidak menjaga kedai nasi ayam.aku pernah ditolak oleh man junction pada suatu malam tu kerana hal share.aku terjatuh dan tidak melawan dia.pakcik rahim aku tahu hal mintak share ini dan suruh aku bagitahu pada man junction ," yang halal tetap halal.yang haram tetap haram'.sebab itulah aku ditolak sampai terjatuh.
aku pernah juga jual pasu warna putih berbentuk rome di kedai man junction dan membeli rantai untuk mengikat pasu ,serta pokok bunga kertas di kedai pokok di sungai buloh.pokok tersebut diletakkan di tepi kedai makan di atria.aku dapat duit hasil jualan tapi aku lupa jumlahnya.
fraser hill
aku pernah naik fraser hill dan genting dengan kereta satria kelabu faizal sewaktu tengah malam lepas balik kerja di kedai cermin mata.
kedai bunga di pusat kusta dan kedai bunga di depan pejabat rentokill,jalan damansara kim
en mansoor rajin ke kedai ini untuk membeli & melihat tumbuhan.aku ada pergi sekali.kemudian aku ada beli rumput di kedai bunga pusat kusta sg buloh untuk projek tanam rumput taiwan di sebuah rumah teres di bandar utama.
sauna di trelisis
aku pergi sauna hanya sekali dengan bob @ zulhelmi di kondo trelisis.
repair handphone,beli handphone
beli di pertama,baiki di sebuah kedai di damansara kim.
anita kerja di klinik damansara jaya
aku kenal seorang perempuan nama anita kerja di klinik damansara jaya.aku beberapa kali aku bawak dia naik motor aku jalan-jalan.
snooker di tapak disko picadilly
ada masa aku pergi tengok rahman main snooker di tapak disko picadilly dan di sebuah kedai snooker di jalan masuk atria.
kenal seorang nurse di hospital tepi flat pekeliling
aku ada kenal seorang nurse bekerja di hospital tepi flat pekeliling tapi tak silap aku daripada majalah mangga.aku lupa nama dia.aku pernah hantar dia dari tempat kerja balik ke asrama rumah dia di setapak,melalui jalan dalam di celah celah mcdonald setapak tu.
aku dan zul despatch,pkmi damansara jaya
aku pernah pergi makan dengan zul menaiki van nissan vannette syarikat ,makan nasi lemak di kedai berdekatan jalan sentul.kedai tepi jalan mamak.ada pernah aku singgah di rumah keluarga dia di kepong.zul pernah tolong aku pindah barang ke damansara kim (bukan rumah asrama pkmi).
jumpa kawan mangga nama jazmeen
aku pernah jumpa kawan kenal di mangga nama jazmeen .dia kreatif melukis dan surat dia unik.rumah dia di taman dagang,ampang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan