Isnin, 30 Jun 2014

Jualan hasil kedai cermin mata

selama aku bekerja selama 5tahun lebih di kedai cermin mata Pusat kaca mata intan taman tun dr ismail,

Paling tinggi jualan mencecah rm120k sebulan
kebiasaannya dalam lingkungan rm70-80k sebulan
paling rendah dalam rm40k-rm50k sebulan

rekod kutipan terbanyak wang tunai sehari ialah rm10k
kutipan wang tunai biasa adalah dalam lingkungan rm1k-rm3k
kutipan wang tunai sederhana ialah rm5k
kutipan paling rendah dalam sehari ialah dalam rm600++

kadang-kadang aku hantar duit kutipan jualan ke caw.damansara jaya atau terus ke bank oleh en.mansoor.

Jualan tertinggi ialah jualan cermin mata lengkap baru
diikuti dengan penukaran kanta cermin mata single vison
diikuti dengan kanta lekap
diikuti dengan jualan kanta cermin multifokal,bifocal,e-line bifocal,blended bifocal,trifocal,round segment bifocal,cermin lentikular,multigressive,transition @ photocromatic lens,kanta rayban sunglass yang bukan original,cermin Serengeti yang ditempah khas dari luar negara,polikarbonat lens,cermin mata plano,tinted.

dan paling akhir sekali ialah lens cloth,aosept,segala larutan untuk kanta lekap,contact lens cleaner,casing cermin mata,casing kanta lekap,service charge pencucian kanta lekap, dari silikon nose pad,nose pad biasa,nose pad pada bingkai plastik,silikon ear piece,tali cermin mata brooch buatan korea,tali cermin mata jenis nylon hitam,aksesori seperti skru,bolt,gam,pateri,service charge dari adjustment bingkai plastik,rimless,semi-rimless,kadang-kadang dapat duit service charge  cuci jam tangan,cuci bangle perak dalam mesin ultrasonic,cermin reading glasses kompact,service charge potong cermin lama menggunakan tangan ke bingkai baru,jualan klip-on sunglass.

kemudian mr.liew (boss pusat kaca mata intan) jual syarikat beserta dengan pekerja termasuk kami kepada OPSM australia dengan nilai rm7juta.

dia pakai mercedes lampu kacang s280 ketika itu.dia meniaga stail Chinamen bussinesman .

beberapa pekerja Pricewaterhousecooper datang ke cawangan kami untuk audit.

en.liew datang dan suruh en.mansoor panggil kami semua kira stok di cawangan Ttdi.

stok yang tidak obsolete,en.liew suruh kami catit dan kata obsolete kepada wakil Pricewaterhousecooper.en.mansoor cakap dia nak dapat claim insuran yang tinggi.

Ceo Opsm Australia nama Michael Goh datang dengan Ceo Opsm Australia berbangsa orang putih datang naik honda Crv ke caw.taman tun untuk melihat proses.

Opsm buat kerja renovation kedai dan masukkan bingkai opsm house brand dari australia.

aku dipindahkan ke cawangan Desa Sri Hartamas dengan manageress yang aku tak suka.

motor rxz aku hilang di asrama taman tun.

aku bergaduh dengan manageress Desa Sri hartamas nama miss.louis dan buat surat resign hantar kepada mr.liew.tetapi kemudian aku retract surat tu,dan mintak tukar bertugas ke cawangan Damansara Jaya.

masa tu aku duduk di asrama iaitu rumah teres dibeli oleh mr.liew betul-betul berdepan caw.PKMI Damansara Jaya.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan