singer sewing machine oil ( minyak singer )
perlu dituangkan ketika sedang drill lubang pada cermin kaca rimless,dikedua-dua belah bahagian secara berperingkat supaya mengelakkan cermin panas serta tidak pecah.
cermin perlu didrill separuh bahagian kemudian di separuh bahagian lagi
teknik ini banyak optical dispenser (pemotong cermin mata) tidak tahu cara untuk membuatnya kerana tidak ada permintaan, jika adapun mereka tidak tahu cara membuatnya.selalunya mereka akan menyuruh pelanggan mengambil cermin plastik kerana lebih mudah untuk dibuat berbanding cermin kaca yang rumit pembuatannya.
jika cermin pecah sewaktu drill,mereka (pemotong cermin mata) perlu memesan cermin baru ke kilang cermin selama beberapa hari untuk mendapatkan cermin kaca yang baru.ini akan menyebabkan kelewatan dalam pembuatan dan akan menyebabkan pelanggan marah kerana janji tidak dapat ditepati.
setiap pelanggan mempunyai power kaca mata yang berlainan dan jika mempunyai astigmatism tinggi,cermin akan mengambil masa yang lama untuk ditempah di kilang cermin mata. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan