cermin ini kalau dipandang dari sisi mempunyai sisi yang nipis seperti diatas di sebelah kiri;
rumit dibuat kerana sisi cermin nipis dan mudah untuk cermin menjadi chip oleh kerana tekanan .
oleh kerana itu,jika pelanggan memesan cermin mata semi rimless seperti berikut ,
mesin groover (tombol bentuk bulat sebelah kanan,bawah mempunyai saiz 1 hingga 6 ) |
cermin mata rimless menggunakan nylon pada sebelah bawah bingkai |
potong menggunakan mesin briot 5000 mengikut saiz bingkai,sesudah siap,terus ke proses grooving
grooving (mesin grooving)
botol air kecil untuk melicinkan pemotongan cermin perlu sentiasa di pancutkan ke cermin sewaktu pemotongan.air yang melimpah perlu diserap keluar menggunakan kain basah.
clamp akan memusing 360darjah secara auto apabila dihidupkan
tombol saiz boleh dilaras menggunakan tangan kanan secara manual.
posisi tangan sewaktu memegang groover
tangan kiri (jari hantu) memegang clamp sebelah kanan di atas.
tangan kanan (ibu jari dan jari telunjuk)memegang tombol saiz sebelah kiri bawah.
kelip kemas cermin kepada clamp groover dan ketatkan .
adjust saiz 0 pada tombol saiz pisau groover.
sebelum menghidupkan groover,letakkan bahagian cermin paling nipis pada mata pisau .
pastikan posisi cermin paling nipis itu tidak tergelincir dari mata pisau.
pusing tombol saiz kepada saiz 1
hidupkan pisau groover
pegang sisi kiri bahagian atas groover dengan cermat dan lepaskan perlahan-lahan pada pisau groover.
pisau akan memotong pada bahagian paling nipis itu.
angkat sesudah longkang untuk nylon berjaya dibuat pada sisi cermin sebelah kanan.
ulang pada cermin yang sama tetapi di sebelah kiri pula.
selesai .
angkat bahagian clamp atas menggunakan tangan kiri.
turunkan bahagian atas cermin yang telah diclamp kepada pisau groover.
kali ini hidupkan pusingan auto clamp (berpusing secara auto 360darjah )
turunkan cermin paling nipis yang telah siap longkangnya kepada mata pisau.
biarkan ianya berjalan seketika sehingga ke bahagian yang tebal,
hidupkan mata pisau groover dan menggunakan tangan kanan(ibu jari dan jari telunjuk) laraskan tombol saiz kepada saiz nombor 6.
mata pisau akan memotong dengan saiz berikut.
tangan kiri bersedia untuk melaras tombol saiz mata pisau ke saiz 1 apabila hampir ke bahagian paling nipis pada axis 180darjah.apabila siap,ulang pada cermin yang sebelah kiri pula.
pemasangan cermin ke bingkai semi-rimless.
ada 2 kaedah iaitu;
cara biasa menggunakan tali tangsi.
cara kedua menggunakan reben ( selalunya digunakan untuk mengurangkan tekanan dan mengelakkkan berlakunya chip atau kerosakan terserpih pada cermin .
reben hadiah yang dipotong (bersaiz 3inci lebar, panjang 5cm): |
cara terbaik untuk memasukkan cermin ; gunakan reben yang dipotong supaya cermin tidak chip atau terserpih sewaktu pemasangan.
reben hendaklah dipotong (bersaiz 3inci lebar, panjang 5cm).
kepitkan hujung reben sehingga bertemu sisi pada tali tangsi semi-rimless.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan