teknik mencuci cermin mata
- menggunakan mesin ultrasonic (isi sedikit sabun Glo hijau/kuning /sabun pencuci pinggan )
- menggunakan kain bersih dan larutan thinner
- menggunakan tisu kotak dan larutan thinner
- menggunakan tisu tandas dan thinner ( kos rendah/digunakan di bengkel potong cermin mata )
- menggunakan tisu serta sabun hand soap atau body wash (jangan gunakan detergent yang bukan digunakan untuk badan kerana detergent tersebut boleh merosakkan lapisan multicoated cermin mata anda)
- menggunakan selakkan baju anda di bahagian perut (jangan gunakan bahagian luar baju anda untuk mengelap ,ini kerana terdapat debu melekat disitu boleh menyebabkan calar)
- bagi cermin yang baru sahaja terkena gam,boleh dicuci dengan acetone.
menggunakan kain microfiber
menggunakan penyembur lens cleaner ( agak mahal )
menggunakan tuala mandi jika dirumah
cermin mata perlu dibilas dengan air yang lalu terlebih dahulu (dari paip di singki )untuk mengeluarkan debu halus yang terlekat di permukaan cermin mata ,kemudian aplikasikan teknik di atas (kecuali teknik mencuci menggunakan mesin ultrasonic hanya perlu dilap dengan kain bersih)
teknik bengkel :
- kanta cermin mata yang terlekat dengan 3 titik ink berwarna biru dari mesin menanda lensometer boleh dihilangkan dengan sapuan tisu dan thinner
- kanta cermin mata yang dilukis dengan pembaris secara horizontal untuk penanda axis dengan pen marker boleh dihilangkan dengan sapuan tisu dan thinner
- kanta cermin multifocal yang mempunyai tanda marking(engraving) dari makmal cermin mata bolehlah dihilangkan menggunakan acetone selepas memotong dan setelah siap dipasang di cermin mata .
- menghilangkan kulat hijau yang terlekat di sekeliling bingkai plastik ,keluarkan cermin dari bingkai plastik menggunakan mesin heater,basuh cermin mata dengan air lalu,lap kulat sehingga bersih daripada longkang bingkai & kulat pada sisi cermin yang terlanggal 360darjah dengan menggunakan tisu tandas beserta larutan thinner .masukkan kembali cermin ke bingkai.
- cermin yang tertanggal multicoat boleh dicuci bersih menggunakan teknik di atas,tetapi untuk multicoat kembali seperti asal (multicoat defect),jika cermin itu baru diserahkan kepada pelanggan dan cermin itu mempunyai defect,cermin itu hendaklah dihantar ke lab untuk proses claim jika cermin itu layak untuk mendapat tuntutan ( perbezaan antara warranty dan guarantee perlu diambil kira dalam proses claim/dan tarikh serah cermin mata kepada pelanggan/samada defect itu terjadi atas wear & tear atau kes manufacturing defect)
- cermin lama yang mempunyai kesan crack akibat terdedah dengan panas melampau ,boleh dicuci menggunakan teknik diatas,jika cermin baru dan mempunyai crack defect ,cermin itu boleh dihantar semula ke lab untuk proses tuntutan cermin baru.
- cermin mata yang dilekatkan dengan lapisan plastik berupa penyedut straw ( untuk mengelakkan pelanggan yang mempunyai kulit sensitif /allergic pada metal oxidation) di kaki bingkai cermin mata sekiranya terkandung air akan menjadi kulat,boleh dicuci dengan teknik mengeluarkan lapisan tersebut dengan memotong menggunakan pisau lipat,cuci dengan tisu dan thinner .
- ruang nose pad antara bingkai yang mempunyai kulat hijau boleh dicuci dengan cara membuka nose pad dan cuci di bahagian tersebut dengan menggunakan tisu dan thinner,manakala pemegang rongga nose pad di bingkai hendaklah dicuci dengan cara begini : tisu beserta thinner hendaklah di letakkan di hujung screwdriver yang paling halus dan tusukkan tisu tersebut berulang kali sambil membuat pusingan 360darjah kepada rongga pemegang nose pad di bingkai tersebut untuk mencuci sehingga didapati bersih.pasang kembali nose pad ke bingkai apabila selesai.
- ear piece lutsinar atau berwarna boleh dimasuki air akan terjadi kulat dan menjadi hijau akibat proses fotosintesis .ini boleh dibersihkan dengan thinner.buka ear piece secara pemanasan heater dan cuci kulat yang terlekat pada kaki telinga bingkai sehingga bersih.pasangkan kembali.tetapi kulat di dalam ear piece tidak boleh dihilangkan oleh kerana ruangnya terlalu sempit untuk dicuci,rekomen pelanggan untuk menukar kepada ear piece yang baru .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan